Lancar kempen derma masuk akaun sendiri, Twitter gantung akaun Isham

October 16, 2022 · Politik

Akaun Twitter peribadi seorang pengikut setia Datuk Seri Najib Razak yang bergelar banduan digantung pengendali laman sosial tersebut serta-merta.

Isham Jalil yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu terdahulu melancarkan kempen derma dengan meletak akaun bank peribadinya.

Dalam iklan dimuatnaik tersebut, Isham akan menganjurkan satu program ‘Fundrasing Dana PRU-15’ pada Selasa ini yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur.

Dalam poster program tersebut, Isham juga meletak nombor akaun Bank Rakyat peribadinya dengan meminta penderma memasukkan wang yang hendak diderma ke dalam akaunnya itu.

Difahamkan, Isham melancarkan derma tersebut bagi membiayai kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang bakal diadakan tidak lama lagi selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu.

Pengendali Twitter dalam notis penggantungan itu berkata akaun dimiliki Isham itu melanggar peraturan dalam menggunakan aplikasi laman media sosial tersebut.

Namun, hasil semakan akaun Facebook Isham masih belum disekat dan iklan poster program kutipan derma itu masih diletak dalam akaunnya itu.

Untuk rekod, Isham sememangnya dikenali sebagai seorang pengikut setia Najib dan sentiasa mengikut bosnya itu dalam setiap perbicaraan kes mahkamah.

Bagaimanapun, sejak Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd, Isham dilihat lebih cenderung bersama Zahid.

Malah, Isham juga dilantik sebagai ahli MT UMNO baharu bagi menggantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dipecat Zahid sebelum ini.

Bagaimanapun, setakat ini tidak pasti kerusi Parlimen mana yang akan ditandingi Isham pada PRU-15 nanti.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
UMNO dah tak marah Adam dulu bawa turun bendera Najib, kata Akmal
May 14, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok