Johor dan Sabah catat peningkatan mangsa banjir pagi ini

February 2, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat sedikit daripada 1,666 orang malam tadi kepada 1,735 pagi ini.

Hujan lebat berterusan di kedua-dua negeri menyumbang kepada peningkatan mangsa banjir dan tiada tanda air akan surut pada masa terdekat.

Di SABAH, bilangan mangsa meningkat kepada 758 orang daripada 220 keluarga di 15 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 690 orang daripada 204 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) dalam kenyataan memaklumkan mangsa teramai ialah di Telupid dengan 425 orang daripada 120 keluarga yang dipindahkan ke lapan PPS.

“Seramai 123 orang daripada 46 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Paitan, di Beaufort seramai 118 orang daripada 33 keluarga di satu PPS, di Beluran seramai 47 orang daripada sembilan keluarga di dua PPS dan Lahad Datu seramai 45 orang daripada 12 keluarga di satu PPS.

“Mangsa banjir di Paitan dan Beluran dijangka meningkat manakala daerah lain dijangka kekal,” menurut kenyataan itu.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di tiga daerah meningkat sedikit kepada 977 orang setakat 8 pagi ini berbanding 976 malam tadi.

Sekreteriat JPBN memaklumkan sebanyak 10 PPS yang menempatkan 273 keluarga masih beroperasi di Batu Pahat, Kota Tinggi dan Segamat.

“Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 873 orang, diikuti Segamat (63) dan Kota Tinggi (41),” menurut jawatankuasa itu.

Sementara itu, Sungai Bekok di Batu Pahat masih merekodkan tahap bahaya dengan bacaan 18.75 meter dan menunjukkan trend peningkatan.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok