Perlis juga mahu tutup premis judi

February 1, 2023 · Isu semasa

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perlis bakal mengikuti jejak langkah kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah menutup premis perjudian.

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata kerajaan negeri dalam proses meneliti pelbagai aspek sebelum mengambil tindakan berkenaan

“Saya yakin langkah menutup premis judi bukan sahaja memberi manfaat dan kebaikan kepada orang Islam sahaja, malah kepada orang bukan Islam.

“Main judi membuatkan seseorang itu ketagih sama seperti ketagih rokok, dadah, arak dan lain-lain.

“Apabila ketagihan mereka cenderung terlibat dengan jenayah termasuk mencuri, merompak dan boleh menjurus masalah kesihatan mental,” katanya ketika merasmikan Forum Perdana di Majid Jamek Beseri di Padang Besar, malam tadi.

Sebelum ini, pada 1 Januari lalu, semua operasi premis perjudian dan loteri di Kedah ditamatkan sepenuhnya susulan keputusan kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan memastikan semua premis berkaitan mematuhi arahan yang diputuskan pada November 2021 itu.

“Semua penguat kuasa PBT diarah memeriksa kedai judi dan loteri di seluruh Kedah bagi memastikan tidak ada yang dibuka hari ini (1 Januari 2023).

“Semua lesen tamat tempoh pada 31 Disember dan kita tidak lagi memperbaharui lesen judi,” kata Muhammad Sanusi.

Pada 5 Januari pula, Mohd Shukri berkata Perlis akan menguatkuasakan langkah menutup premis perjudian dan loteri di negeri itu sama seperti negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Katanya perkara itu sememangnya ada dalam perancangan kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh kerajaan PN, selepas merampas pentadbiran negeri itu daripada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15, 19 November 2022.

“Bagaimanapun, buat masa ini saya masih meneliti berhubung aspek peraturan untuk kita (kerajaan negeri) ambil tindakan seterusnya.

“Insya-Allah, jika selesai penilaian itu dan dengan nasihat Penasihat Undang-Undang Negeri, saya akan isytiharkan sesuatu selepas ini,” katanya.

Pada Forum Perdana itu, Mohd Shukri juga berkata, segala pandangan penduduk berkaitan masjid, pertanian dan bantuan akan diketengah kepada pihak yang bertanggungjawab.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok