MB Kedah kata pelik bila PM lantik anak jadi penasihat kanan negara

February 1, 2023 · Politik

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berasa ‘pelik’ apabila Naib Presiden PKR Nurul Izzah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri yang juga bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, timbul pelbagai persoalan dalam pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana ia membabitkan pelantikan pegawai yang berkhidmat kepada kerajaan tanpa mendapat bayaran.

Malah, katanya menasihati kementerian dalam pelbagai polisi dan dasar, termasuk ekonomi dan kewangan, adalah tugas pegawai kerjaan yang dibayar gaji.

Beliau juga bimbang langkah itu akan dijadikan penanda aras kepada pemimpin politik lain dalam melantik ahli keluarga terdekat menjawat jawatan penting dalam kerajaan selepas ini.

“Amalan ini tidak pernah dilakukan selama ini, ia nampak luar biasa. Saya tak tahu sama ada perkara ini akan dijadikan penanda aras kepada semua orang politik untuk anak mereka boleh terbabit dalam kerajaan tanpa mengambil gaji,” katanya selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di Alor Setar, malam tadi.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi turut mempertikai, adakah boleh seseorang yang dilantik ke jawatan kanan di Kementerian Kewangan tidak mengambil bayaran mengikut yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.

Katanya, setiap perkhidmatan kepada kerajaan sepatutnya mempunyai bayaran gaji dan elaun tertentu bagi memastikan ia tertakluk mengikut ikatan undang-undang.

“Saya rasa tak ada perjawatan seperti itu, perjawatan itu apabila buat perkhidmatan maka ada bayaran. Kalau perkhidmatan diberi, bayaran tak ada maka itu bukan pekerjaan.

“Setiap pegawai kerajaan yang dilantik dalam skim perkhidmatan perlu ada skim saraan, setiap pegawai ada ikatan undang-undang supaya setiap kerja dan pandangannya tertakluk kepada undang-undang serta berkuat kuasa kepada kerajaan.

“Kita sebenarnya sudah ada Ketua Setiausaha kementerian (KSU) dan bahagian audit untuk buat semua urusan itu, jadi tak perlu tambah lagi jawatan, tetapi kalau dia (Nurul Izzah) nak kerja, perlu ada skim saraan, buat apa dia nak malu-malu ambil gaji.

“Kalau dia (Nurul Izzah) tak ambil gaji, perjawatan dia macam khidmat sosial pula, lebih baik dia pergi buat kerja badan bukan kerajaan (NGO) sebab kerja NGO tak dapat bayaran,” katanya menurut BH.

Sebelum ini, Nurul Izzah mendedahkan beliau dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Berikutan itu, Anwar memaklumkan, anaknya itu tidak akan menerima sebarang elaun atas khidmatnya selepas beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Langkah Anwar itu mendapat tentangan, termasuk daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) sendiri.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Kempen ‘Jangan Undi Zahid’ dilancar, kumpulan dakwa Zahid punca negara tak stabil
November 14, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok