Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?

February 3, 2023 · Isu semasa

Ramai yang menyambut baik apabila Aturan Kerja Fleksibel diumumkan. Mana tidaknya, ini merupakan  faedah baharu dalam dunia pekerjaan apabila mereka dibenarkan untuk memohon waktu kerja fleksibel majikan masing-masing.

Dalam konteks ini,  pekerja hanya perlu membuat surat permohonan kepada majikan untuk memohon perubahan waktu bekerja, hari bekerja mahupun lokasi tempat bekerja.

Menariknya, berdasarkan tinjauan di laman media sosial, rata-rata pekerja menzahirkan perasaan teruja dengan peraturan baharu itu berikutan menyifatkan ia mampu meningkatkan kualiti kerja seterusnya membolehkan prestasi syarikat dikekalkan.

Jika difikirkan menerusi aspek peningkatan kualiti kerja melalui kerja fleksibel ada benarnya memandangkan pekerja dapat mengatur masa di rumah selain tidak membazirkannya lebih-lebih lagi apabila tersekat dalam kesesakan jalan raya.

Menurut Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Muzaffar Syah Mallow, q, pindaan baharu itu dilakukan selaras dengan tinjauan dilakukan apabila lebih 60 peratus pekerja sepenuh masa Malaysia memilih bekerja secara fleksibel.

“Aturan kerja fleksibel bukan sahaja menjadi pilihan utama pekerja Malaysia, malah hasil kajian dilakukan Qualtrics menunjukkan kira-kira 60 peratus pekerja sepenuh masa di Asia Tenggara memilih membuat perkara sama.

“Situasi itu jelas menunjukan aturan kerja secara fleksibel kini menjadi tarikan bukan sahaja di Malaysia tetapi negara antarabangsa lain,” katanya.

Tambah beliau, dunia turut menyaksikan pelbagai perubahan semenjak penularan Covid-19 dan ada aturan kerja tidak boleh diamalkan oleh sektor-sektor pekerjaan tertentu.

“Proses pembaharuan itu perlu dilakukan di negara kita dan dalam konteks ini majikan perlu melaksanakan segala pindaan yang telah dilakukan terhadap Akta Kerja 1955 selepas ia berkuat kuasa kelak.

“Tindakan tegas perlu diambil ke atas pihak majikan yang gagal melaksanakannya mengikut peruntukan undang-undang yang ada dalam negara kita,” ujarnya.

Pada masa sama, katanya, perubahan yang dilakukan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam aturan kerja perlu dikekalkan demi manfaat golongan pekerja.

“Antara perubahan perlu dikekalkan adalah dengan terus melaksanakan aturan kerja secara fleksibel dalam bekerja bergantung kepada jenis pekerjaan.

“Pelaksanaan sistem pekerjaan secara fleksibel itu memudahkan pekerja untuk menjalankan kerja mereka tanpa perlu mengharungi kesesakan jalan raya serta risiko-risiko lain juga,” jelasnya.

Susulan itu, katanya, manfaat diperolehi dapat mengurangkan beban dan tekanan kepada pekerja sekali gus menjadikan golongan itu lebih produktif serta dapat memberi khidmat yang terbaik kepada organisasi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
1 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
24 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok