Pecat ahli tidak bersihkan UMNO, punca kekotoran masih di sana

January 28, 2023 · Politik

Keputusan memecat dan menggantung pemimpin serta ahli tidak akan membersihkan UMNO kerana punca kekotoran masih kekal dalam parti itu.

Bekas setiausaha agungnya Tan Sri Annuar Musa yang turut dipecat awal bulan lalu berkata pecat merupakan tindakan paling mudah untuk menghapuskan golongan yang tidak sependapat dalam parti.

“Saya harap semua bertenang dan sabar. Memecat orang yang tidak sependapat adalah cara paling mudah untuk seseorang kekal berkuasa.

“Percayalah berkata benar itu mahal harganya dan ingatlah, jika pun mereka kini berkuasa, masih ada yang lebih tinggi kuasanya.

“Pembersihan yang mereka lakukan akan hanya menghasilkan lebih banyak kotoran kerana punca sebenar kotoran kekal berpaut dalam parti,”katanya dalam satu kenyataan di Facebook, awal pagi tadi.

Malam tadi, UMNO mengumumkan pemecatan Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Omar serta  puluhan ahli lain juga menggantung keahlian selama enam tahun terhadap empat pimpinan termasuk Datuk Seri Hishamuddin Hussien.

Dalam pada itu, Annuar yang juga bekas menteri komunikasi dan multimedia berkata apabila tiba masanya nanti, lebih ramai ahli bakal meninggalkan parti tersebut.

“Rakyat telah memberi isyarat tapi malangnya mereka masih ‘in denial’. Mereka lebih gemar menyalahkan rakyat dan pengundi serta semua orang lain kecuali diri mereka sendiri.

“Jadi biarkanlah mereka dalam dunia mereka itu… rakyat sudah pun meninggalkan mereka. Tiba masanya ahli akan turut meninggalkannya beramai-ramai,” katanya.

Tambahnya lagi, pemimpin dalam bekas partinya itu kini bangga kerana dapat memonopoli kuasa dan menunggang parti mengikut naratif palsu yang direka sendiri.

“Mereka bangga memonopoli kuasa dalam parti, menunggang parti berasaskan neratif palsu yg mereka reka sendiri. Biarpun parti semakin hancur akibat kerja dan tunggangan mereka.

“Mereka cipta kebohongan dan akhirnya mereka percaya kebohongan mereka sendiri. Sesiapa yang cuba berkata benar, itu semua akan digelar pengkhianat. Mereka mahu semua orang berwirid dengan naratif palsu mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok