Anwar beri lampu hijau kepada PH negeri bincang kerusi dengan UMNO-BN

January 24, 2023 · Politik

Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri tiada halangan untuk membincangkan pembahagian kerusi dengan UMNO-Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pimpinan peringkat negeri boleh berbincang dengan UMNO-BN untuk membahagikan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan nanti.

“Secara rasmi (perbincangan) belum… namun saya tidak menghalang pimpinan peringkat negeri untuk mengadakan perbincangan,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Untuk rekod, UMNO-BN kini sudah menjadi rakan sekutu politik dengan PH bersama-sama DAP yang sebelum ini merupakan musuh mereka bagi membentuk kerajaan campuran.

Anak murid Presiden PKR, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan untuk bersama dengan PH-DAP bagi membentuk kerajaan pusat.

Malah, Anwar juga melantik anak muridnya menjadi Timbalan Perdana Menteri, jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan Persekutuan.

Menjelang PRN yang bakal diadakan di enam negeri, PH dijangka akan terus mengukuhkan kerjasama di peringkat pusat dengan merancang strategi bersama UMNO-BN.

Malah, semasa Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, parti itu juga mengesahkan akan bekerjasama dengan PH dan juga DAP bagi menghadapi PRN.

Sejumlah 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan dalam PRN itu iaitu 56 kerusi di Selangor; Kelantan (45); Pulau Pinang (40) Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing 36 kerusi; dan Terengganu (32).

Perancangan itu sekali gus menunjukkan UMNO tidak akan meletakkan calon di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi PH, dan jenteranya akan diguna untuk membantu calon PH. Demikian juga sebaliknya, PH akan membantu calon UMNO.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok