Ronald dilantik Ketua Bersatu Sabah ganti Hajiji sokong Anwar

January 14, 2023 · Politik

Bersatu melantik Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah selepas menerima watikah yang berkuat kuasa pada 10 Disember lalu.

Naib Presiden Bersatu itu dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Hajiji Noor yang keluar parti dan menyokong kerajaan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sedang bergelut dengan kemelut politik antara UMNO Sabah ketika ini.

Watikah pelantikan itu disampaikan oleh Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas selesai Mesyuarat Biro Politik hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Ronald juga turut dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional (PN) Sabah.

Pada perjumpaan khas Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah di Kota Kinabalu pada 8 Januari lalu, Ronald berkata Bersatu Sabah kekal utuh malah bertambah kukuh walau beberapa pemimpin meninggalkan parti.

Ronald berkata hakikatnya penghijrahan mereka ini tidak memberi kesan terhadap kekuatan parti di peringkat akar umbi.

“Bersatu Sabah akan terus diperkasakan dan penyertaan beberapa pemimpin baru di semua peringkat akan merealisasikan hasrat parti untuk bangkit semula.

“Kepimpinan Badan Pimpinan Negeri akan dikemaskini dalam masa terdekat ini bagi menggerakkan jentera parti menghadapi cabaran politik negeri,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok