Polis tahan lelaki merusuh, siasatan mengikut akta bahan letupan

May 14, 2021 · Isu semasa

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian merusuh dengan membakar flare di Parit Raja, Batu Pahat yang tular dalam laman sosial hari ini, sementara yang lainnya sedang diburu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata lelaki tempatan berumur 21 tahun itu ditahan ketika dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kejadian di Balai Polis Parit Raja, Batu Pahat, kira-kira jam 8.30 malam.

Katanya, sebelum itu, polis telah dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ yang digantung di sebuah jejantas di Jalan Parit Raja menuju ke Ayer Hitam pada jam 11.04 pagi ini.

“Beberapa anggota dari Balai Polis Parit Raja telah pergi ke lokasi dimaksudkan dan mendapati kain rentang tersebut telah diturunkan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Beliau berkata, pada kira-kira jam 7.36 malam polis menerima satu laporan daripada pengadu yang mengatakan beliau terkesan dengan rakaman video satu perhimpunan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), pembakaran flare dan kejadian menaikkan kain rentang ‘Kerajaan Gagal’.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Parit Raja dan dipercayai kain yang dinaikkan semasa perhimpunan berkenaan adalah kain rentang sama yang digantung di jejantas berkenaan,” katanya.

Ismail berkata, polis juga menerima beberapa laporan yang memaklumkan terdapat aktiviti ‘mat rempit’ di kawasan terbabit dari jam 12 tengah malam tadi hingga 1 pagi ini.

Kataya, kes disiasat mengikut Seksyen 144 dan 269 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
RM155 juta dilesapkan Macau Scam
June 18, 2022
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
10 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok