Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful

December 9, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dipersoalkan kerana tidak menegur tauke-tauke besar yang rapat dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP, khususnya kartel yang memonopoli telur dan simen.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata kekurangan telur yang menyebabkan kenaikan harga bahan makanan berkaitannya perlu ditangani segera.

Demikian juga katanya, isu kenaikan harga simen yang melonjak sehingga 30 peratus yang pastinya akan mempengaruhi kos pembinaan kediaman dan bangunan.

“Bila dah jadi kerajaan, kita perlu tahu apa keutamaan. Tidak boleh lagi bermentaliti pembangkang populis. Sekarang ini rakyat resah, kecewa dan marah dengan masalah kekurangan bekalan serta lonjakan harga telur dan simen.

“Dua isu ini bukan baru bermula semalam. Sepatutnya, siapa juga menjadi kerajaan selepas PRU-15, inilah keutamaan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Rakyat berdepan dengan isu kekurangan bekalan telur dan harganya melambung. Harga makanan menggunakan telur pun ikut naik. Contohnya laporan berita mengatakan harga roti canai telur naik dari RM2.50 ke RM3.20. Naik 70 sen.

“Simen pula melonjak 30 peratus iaitu daripada RM17 bagi setiap beg 50kg, sekarang naik sehingga RM22.50. Jika simen naik harga, semua bahan binaan melibatkan simen akan turut naik. Padahal, simen adalah Barangan Kawalan Berjadual yang tak sepatutnya naik,” katanya dalam kenyataan hari ini (9 Disember 2022).

Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata semua ini berlaku disebabkan monopoli dan permainan licik tauke-tauke kaya yang menguasai industri makanan dan pembinaan.

“Yang jadi mangsa ialah rakyat dan kontraktor terutama kontraktor kecil. Telur dan simen sepatutnya menjadi keutamaan Anwar Ibrahim.

“Tapi Anwar utamakan beras. Ya harga beras penting, tapi kenapa masih tak ada idea bagaimana nak selesaikan masalah harga telur dan simen yang lebih mendesak sekarang?

“Inilah bahana jika terlalu banyak wayang populis tapi sebenarnya tong kosong saja. Berlakulah salah keutamaan (wrong priorities). Tak ada kah keinginan nak tegur tauke-tauke kaya “tertentu” dalam industri berkaitan telur dan simen? Itu sepatutnya jadi keutamaan kerajaan.

“Saya setuju jangan ada monopoli tetapi letaklah keutamaan yang betul dan jangan lindungi tauke-tauke kawan-kawan PH-DAP daripada “teguran”. Jangan pilih bulu,” katanya lagi.

Wan Saiful juga menyindir Anwar berhubung janji untuk menurunkan harga minyak sekiranya menjadi Perdana Menteri.

“Wahai Pak Syeikh, itu belum lagi saya tanya mengenai harga minyak. Berapa kali esok yang Pak Syeikh perlukan untuk turun harga minyak?,” soalnya merujuk kepada janji dibuat Anwar pada 17 Julai lalu.

Pengerusi PH yang dilantik menjadi Perdana Menteri kesepuluh setelah gabungannya bergabung dengan UMNO dalam ucapan pengulungan pada Kongres PKR ke-16, mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak petrol sehari selepas dia memegang tampuk kuasa.

Presiden PKR itu sedar janji Pakatan Harapan untuk menurunkan harga minyak dipermainkan rakyat kerana parti itu tidak menepatinya semasa mentadbir negara selama 22 bulan.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
4 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
21 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok