Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Wan Saiful kata Rafizi sudah hilang ingatan

December 6, 2022 · Politik

Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai seorang yang sudah hilang ingatan apabila jelas membuat pusingan-U berhubung pendiriannya sebelum ini.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata Rafizi yang dahulunya disanjung sudah tidak lagi berpegang kepada prinsipnya, sebaliknya hanya menjadi kaki bodek kepada bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Rafizi pernah berkata dia menentang Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan, tapi bila Anwar ambil jawatan Menteri Kewangan, Rafizi terus amnesia (hilang ingatan).

“Saya langsung tidak menyangka bahawa Rafizi juga seorang penjilat Anwar. Rupa-rupanya Presiden dan Timbalan Presiden serupa sahaja. Demi jawatan dan kedudukan, sanggup menjual diri dan menggadai perjuangan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Ketua Penerangan Bersatu itu juga turut menyelar kenyataan Rafizi bahawa perlantikan Anwar sebagai Menteri Kewangan disebabkan situasi ‘luar biasa’.

“Konon-kononnya ini masa yang luar biasa dan membolehkan prinsip dilupakan. Sebenarnya ujian yang menentukan kita berprinsip atau tidak ialah ujian pada waktu yang luar biasa.

“Nyata sekali perjuangan Pakatan Harapan (PH) adalah penipuan demi nafsu dan tiada prinsip,” katanya.

Semalam media melaporkan Rafizi yang juga Menteri Ekonomi menyifatkan jawatan Menteri Kewangan digalas oleh Anwar disebabkan negara berada dalam situasi yang luar biasa.

Jelasnya ia ekoran kerana tiada parti yang dapat membentuk satu kerajaan dan bagi mengelakkan pertikaian antara parti-parti bergabung membentuk kerajaan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
20 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
MIC kecewa dengan Zahid, Vigneswaran dakwa dianaktirikan
August 2, 2023
PRN Negeri Sembilan: UMNO mahu PH serah kerusi DUN Klawang
February 12, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Kerajaan PH-BN jangan sombong, rakyat mahu keluar wang KWSP
February 20, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok