1,502 kes baharu, tiga kematian

December 5, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan harian Covid-19 semakin turun apabila dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 4 Disember 2022), sebanyak 1,502 kes baharu direkodkan, berbanding 1,866 yang dicatat pada Sabtu.

Ia juga adalah antara yang terendah dicatat sejak 17 Oktober lalu sebanyak 1,210 kes, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 5,000,332 kes, dengan 4,941,114 pesakit telah sembuh, termasuk 2,093 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,055 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 301 kes (penerima dua dos); 138 kes (individu tidak divaksinasi); dan lapan kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW menunjukkan sehingga semalam 22,505 kes masih aktif, turun berbanding 23,099 yang dilaporkan sehingga Sabtu.

Daripada jumlah itu, 20,889 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (21,422 pesakit pada Sabtu); dan 1,512 pesakit dirawat di hospital, turun berbanding 1,575 pada Sabtu.

KKM juga memaklumkan tiada pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Seramai 104 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, meningkat berbanding 102 pada Sabtu, dengan 70 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (69 pada Sabtu).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 541 (1,535,760)
  • Kuala Lumpur – 160 (463,951)
  • Sabah – 102 (405,394)
  • Johor – 37 (397,144)
  • Sarawak – 73 (321,300)
  • Kedah – 100 (316,440)
  • Pulau Pinang – 92 (305,198)
  • Kelantan – 45 (258,957)
  • Perak – 74 (237,317)
  • Negeri Sembilan – 39 (229,535)
  • Pahang – 46 (181,613)
  • Melaka – 111 (142,462)
  • Terengganu – 26 (132,246)
  • Putrajaya – 37 (31,441)
  • Labuan – 10 (22,775)
  • Perlis – 9 (18,839).

Sementara itu, tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Semua kes kematian itu direkodkan di Pulau Pinang; Terengganu; dan Kuala Lumpur (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,713 kes, termasuk 7,815 kes BID.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
RM155 juta dilesapkan Macau Scam
June 18, 2022
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
11 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok