Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH

December 3, 2022 · Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kesal dan kecewa terhadap dua perkara berkaitan senarai Jemaah Menteri dalam Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan malam tadi (2 Disember 2022).

Menurut mereka Anwar tidak sepatutnya melantik Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang sedang menghadapi perbicaraan membabitkan 47 tuduhan, termasuk rasuah.

“Kami (BERSIH) kesal kerana Anwar telah melantik dirinya untuk memegang portfolio Kewangan yang mustahak, di mana ianya akan melemahkan semak dan imbang yang diperlukan bagi menjamin kita tidak kembali kepada zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Razak di mana Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan hampir membankrapkan negara melalui skim 1MDB

“Kami juga kecewa kerana Ahmad Zahid Hamidi, yang sedang menjalan perbicaraan 47 pendakwaan rasuah telah dilantik menjadi TPM dan memengang jawatan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Walaupun kami memahami politik disebalik pelantikan ini, ianya mengecewakan apabila prinsip telah dikebelakangkan.

“Kedua-dua pelantikan yang dipersoalkan ini mengancam usaha dan komitmen Anwar untuk melawan korupsi,” kata BERSIH dalam satu kenyataan hari ini (3 Disember 2022).

Terdahulu, beberapa pihak menegur Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Perdana Menteri dan turut menjadi Menteri Kewangan, serta melantik Zahid yang sedang dibicarakan di mahkamah, sebagai TPM.

Sebelum ini, BERSIH dalam satu kenyataan menggesa Anwar tidak melantik kumpulan kluster mahkamah dalam barisan pentadbirannya.

BERSIH membuat pendirian ahli politik yang berdepan pendakwaan di mahkamah perlu diketepikan.

“BERSIH berpandangan bahawa sehingga dan melainkan kedua-dua pihak pendakwaan dan kehakiman benar-benar bebas daripada pengaruh politik, ahli politik yang masih mempunyai kes mahkamah mengambil jawatan eksekutif adalah langsung tidak boleh diterima.

“Ini kerana sebarang pembebasan akan dilihat sebagai pemberian pengampunan kepada mereka yang di pihak Eksekutif, sekalipun jika kes mereka secara meritnya layak dibebaskan.

“Hal ini akan melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua AGC dan kehakiman,” katanya.

Sementara itu, BERSIH mengingatkan Anwar supaya menggandakan usaha memenuhi janji manifesto PH untuk melawan rasuah dan mengukuhkan integriti utama negara.

BERSIH berkata Anwar dan Kabinet baharunya perlu segera mengutamakan tiga tindakan berikut bagi menghapuskan sebarang keraguan campur tangan kes mahkamah dan konflik kepentingan:

1. Menjadikan Peguam Cara Negara untuk mengambil peranan Pendakwa Raya dengan segera sehingga pindaan perlembagaan dibuat untuk memisahkan peranan tersebut daripada Peguam Negara.

2. Menggalakkan kestabilan politik dan pemantauan parlimen dengan memberikan peranan bermakna kepada Pembangkang dan backbencher Kerajaan dalam kabinet bayangan dan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK), dengan gaji yang selayaknya, sokongan kajian polisi dan akses kepada maklumat kerajaan kepada menteri bayangan serta pengerusi dan timbalan pengerusi JPK. Hal ini akan seterusnya diperkukuh melalui penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen dan penubuhan Jabatan Belanjawan Parlimen.

3. Mereformasi proses pelantikan dan pemecatan pegawai awam utama seperti Pengerusi SPRM, SPR dan Pesuruhjaya SUHAKAM. Proses ini perlu dibebaskan daripada eksekutif dan dimasukkan peranan Parlimen, masyarakat sivil dan pihak berkepentingan yang lain yang lebih bermakna.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok