Dr Mahathir mohon maaf langgar SOP, sedia dikenakan tindakan

May 12, 2021 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf dan bersedia dikenakan tindakan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku ketika beliau menghadiri satu majlis sumbangan Aidilfitri kepada penduduk Surau Raudhatul Jannah di Kuala Teriang, Langkawi 8 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau dimaklumkan pada acara itu, beliau telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke dalam surau.

“Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP.

“Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Covid-19 adalah wabak yang serius dan penyakit ini tidak mengenali sesiapa mahupun sempadan kawasan.
“SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini. Kita tidak harus ambil ringan. Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini,” katanya.

Sebelum ini tular klip video yang menunjukkan bekas perdana menteri melanggar SOP ketika hadir pada satu majlis di Langkawi.

Video itu juga dikongsi oleh beberapa pemimpin UMNO termasuk bekas presidennya Datuk Seri Najib Razak yang baru-baru ini didenda RM3,000 kerana melanggar SOP tidak merekodkan kehadirannya di Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng di Bukit Bintang selain tidak membuat pemeriksaan suhu badan ketika memasuki premis berkenaan pada 19 Mac lalu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok