Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak

November 29, 2022 · Politik

Calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Datuk Azman Nasrudin memaklumkan beliau telah memberi keterangan kepada polis, berhubung kenyataannya yang mendakwa kerajaan dibentuk ketika ini adalah ‘kerajaan zina’.

Menurut laporan media, Azman memberi keterangan itu di Balai Polis Kulim Hi-Tech, di sini pada 12 tengah malam tadi.

“… saya (mengaku) agak kasar sikit malam itu sebab kerajaan baru tertubuh. (Tetapi) saya merujuk kepada resolusi yang UMNO sendiri buat dan langgarnya resolusi yang mereka sendiri buat, menyebabkan ahli-ahli UMNO di bawah ini kecewa.

“Ini berkenaan dengan prinsip, soal kerajaan campuran, kerajaan perpaduan dan sebagainya, itu cerita lain. Kami di PN juga akur dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika ditemui berkempen di Kampung Nesa hari ini menurut laporan Bernama.

Ahad lalu, media melaporkan Azman mengeluarkan kenyataan bahawa berlaku isyarat jelas penolakan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), susulan kerajaan perpaduan yang disifatkannya sebagai ‘kerajaan zina’.

Untuk rekod, UMNO-Barisan Nasional (BN) melanggar ketetapan parti itu dengan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang terdapat DAP dalamnya bagi membentuk kerajaan pusat.

Hasil sokongan tersebut, cikgu kepada Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya ditabalkan sebagai Perdana Menteri Ke-10 baru-baru ini selepas berakhir PRU-15.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok