Selepas terdedah cuba tipu Agong, Zahid kata jangan derhaka

November 24, 2022 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi yang sebelum ini dikatakan cuba menipu Yang di-Pertuan Agong berhubung sokongan Ahli Parlimen BN kepada calon Perdana Menteri (PM), meminta semua pihak tidak menderhaka walaupun kecewa dengan keputusan baginda.

Zahid yang juga Presiden UMNO sebelum ini dilaporkan oleh Sin Chew sebagai calon Timbalan Perdana Menteri berkata demikian setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, melantik Anwar sebagai Perdana Menteri kesepuluh Malaysia.

Sebelum ini, UMNO dalam mesyuarat Majlis Tertingginya malam tadi bersetuju memberi sokongan kepada Pakatan Harapan, termasuk DAP, bagi menubuhkan kerajaan dipimpin Anwar.

Semalam, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa berkata Zahid cuba menipu Yang di-Pertuan Agong, sekali lagi, susulan tersebar surat daripada Presiden UMNO itu kepada Yang di-Pertuan Agong yang mendakwa mesyuarat BN pada 22 November memutuskan semua 30 ahli Parlimen menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri (PM).

“Agong cuba ditupu sekali lagi? Sekarang tersebar surat ini di Media Sosial. Lihat perkara 4.Pengerusi BN mendakwa dan menyembah maklum kepada Agong bahawa beliau telah mempengerusikan mesyuarat BN pada 22hb November dan mesyuarat memutuskan semua 30 ahli Parlimen bersetuju menyokong Anwar sebagai PM,” kata Annuar.

Susulan itu, kepimpinan MIC dan MCA mendedahkan bahawa surat yang ditandatangani Zahid menggunakan kepala surat BN diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, seperti dikongsi bekas Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa, adalah tulen, tetapi isi kandungannya adalah maklumat salah untuk menipu Agong.

Seperti dipetik daripada laporan Mkini, Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran mengesahkan bahawa surat itu adalah tulen.

“Beliau (Zahid) mengaku menghantar surat itu selepas 10 ahli Parlimen BN menarik balik sokongan mereka kepada (Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan BN membuat keputusan untuk kekal berkecuali,” kata Vigneswaran.

Pada pagi tadi Zahid dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bersama Setiausaha Agung BN Zambery Kadir dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beberapa jam setelah perjumpaan itu, Annuar memuat naik surat yang dikatakan diserahkan Zahid kepada Agong dalam laman Facebooknya.

Menyusul selepas kenyataan MIC, kepimpinan MCA pula mengeluarkan kenyataan mengesahkan surat itu adalah tulen tetapi isi kandungannya yang menyatakan 30 MP BN menyokong Anwar, adalah palsu.

Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woo dalam kenyataan hari ini (23 November 2022) berkata surat yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bukan ketetapan sebenar Dewan Tertinggi BN.

“(Surat itu) dilihat mempersembahkan maklumat salah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Kekalahan besar BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 menyaksikan beberapa pihak termasuk pemimpin parti komponen BN mendesak supaya Ahmad Zahid bertanggungjawab dengan meletak jawatan.

Zahid kini sedang berdepan 87 pertuduhan jenayah, termasuk rasuah membabitkan berjuta-juta ringgit dan dibicarakan di dua mahkamah tinggi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
16 jam lalu· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Isu dana judi, terang-terang PMX buat fitnah besar terhadap PN: Wan Saiful
May 26, 2023
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
MIC kecewa dengan Zahid, Vigneswaran dakwa dianaktirikan
August 2, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok