3,537 kes baharu, lapan kematian

November 24, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 23 November 2022) meningkat semula melebihi 3,000, menurut rekod Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.

Dalam tempoh itu, 3,537 jangkitan baharu dilaporkan, berbanding 2,516 yang direkodkan pada Selasa.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,975,473 kes, dengan 4,911,632 pesakit telah sembuh, termasuk 3,319 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,497 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 722 kes (penerima dua dos); 301 kes (individu tidak divaksinasi); dan 17 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini 27,213 kes masih aktif, meningkat sedikit berbanding 27,003 yang dilaporkan sehingga Selasa.

Daripada jumlah itu, 25,127 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (24,071 pesakit pada Selasa); dan 1,978 dirawat di hospital, meningkat semula berbanding 1,839 pada Selasa.

Seramai 101 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (93 pada Selasa), dengan 61 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (59 pada Selasa).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,280 (1,526,929)
  • Kuala Lumpur – 290 (461,803)
  • Sabah – 254 (403,608)
  • Johor – 58 (396,690)
  • Sarawak – 220 (319,814)
  • Kedah – 200 (314,904)
  • Pulau Pinang – 180 (303,908)
  • Kelantan – 202 (257,858)
  • Perak – 145 (236,227)
  • Negeri Sembilan – 114 (228,640)
  • Pahang – 135 (180,690)
  • Melaka – 205 (140,794)
  • Terengganu – 103 (131,572)
  • Putrajaya – 107 (30,702)
  • Labuan – 35 (22,589)
  • Perlis – 9 (18,745).

Sementara itu, seramai lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Empat daripada kes kematian itu dilaporkan di Perak, Selangor (dua kes termasuk 1 BID), dan masing-masing satu di Kedah dan Sabah.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,628 kes, termasuk 7,795 kes BID.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Cukai terhadap produk bergula mampu bantu atasi masalah diabetes
November 15, 2021
Ke mana masa depan ekonomi orang Melayu?
June 25, 2023
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok