Masa berkempen PH lawan rasuah, selepas PRU-15 peluk ‘mat sakau’

November 23, 2022 · Politik

Selepas menyedari gagal mendapat majoriti untuk menjadi Perdana Menteri (PM), nampaknya naratif baharu terpaksa dimainkan pula oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH).

Jika semasa berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berceramah melawan rasuah tetapi selepas PRU-15 nampaknya mereka berdua berkempen mempertahankan si perasuah.

Begitu mudah seorang ahli politik menukar baju mereka hilang jati diri masing-masing disebabkan sudah mabuk untuk berkuasa.

Berbeza dengan Perikatan Nasional (PN), pendirian dan perjuangan masih kekal menjadi pegangan dan tidak mudah tunduk kepada ketua ‘sakau’ sehingga terpaksa melutut untuk mendapatkan majoriti membentuk kerajaan.

Sekurang-kurangnya PN tidak mencari dan mengejar ketua sakau hanya semata-mata mahu mengemis sokongan, itulah beza pendirian sebuah parti yang bersih dan tidak mabuk kuasa sehingga terpaksa merayu sokongan daripada musuh politiknya.

Lebih mengaibkan, Anwar dan Rafizi sanggup mengatur perjumpaan secara senyap-senyap dengan ketua sakau yang membawa Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) ke hotel berselebahan bangunan UMNO.

Lebih memalukan, perjumpaan tersebut diadakan di tempat tuan rumah dan sanggup pula Anwar bersama Rafizi menjejak kaki mereka ke sebuah hotel yang kebiasaannya menjadi tempat berhimpun kumpulan sakau setiap tahun berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Mana maruah pemimpin PH ini agaknya, begitu murah harga diri mereka sehingga mudah diperdaya oleh ketua sakau?

Rakyat memerhati dan menilai setiap tindak-tanduk wakil rakyat mereka pilih, langkah PH memeluk kumpulan mat sakau adalah sesuatu yang memilukan hati semua pengundi khususnya pentaksub PKR yang sangat mengharapkan Anwar tidak menjadi PM tepi.

Demi tidak menjadi PM tepi, peluk cium ketua sakau pun sudah tidak apa lagi, sudah tidak haram lagi. Ini lah contoh budaya politik yang dibawa oleh PH.

Jika sebelum ini, PH melabel musuh politik mereka sebagai pengkhianat, kini apa pula label yang rakyat nak berikan kepada PH kini? Musibat?

Jika sebelum ini PH melabel musuh politik mereka bermain banyak kolam, kini siapa yang bermain banyak kolam?

Kini naratif terbaharu yang dilaungkan Anwar pula adalah kerajaan perpaduan, adakah ini perpaduan untuk tidak menjadi PM tepi?

Seperti seekor sesumpah, kini pemimpin PH menggunakan segala hujah dan dalil semata-mata untuk menghalalkan matlamat mereka.

Jelas sudah sekarang, Anwar dan Rafizi tidak lagi ada moral politik apabila sanggup melakukan apa sahaja kerana mabuk kuasa, sehingga ke satu tahap sanggup mengenepikan prinsip yang selama ini mereka perjuangkan.

Malangnya, rakyat kini menjadi mangsa kepada kerakusan politik dan demi kuasa, pengundi PH sudah ditipu hidup-hidup dan lencun kena kencing dengan pemimpin PH.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
16 jam lalu· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Isu dana judi, terang-terang PMX buat fitnah besar terhadap PN: Wan Saiful
May 26, 2023
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
MIC kecewa dengan Zahid, Vigneswaran dakwa dianaktirikan
August 2, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok