3,973 kes, 22 kematian hari ini

May 11, 2021 · Isu semasa

Malaysia hari ini merekodkan jangkitan baharu Covid-19 sebanyak 3,973 kes dalam tempoh 24 jam sehingga jam 12 tengahhari tadi, menjadikan jumlah kes positif mencecah 448,457 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh yang sama 22 kematian dicatatkan yang semuanya membabitkan rakyat tempatan berusia antara 31 hingga 85 tahun dengan majoriti menghidap penyakit kronik.

Katanya, sebanyak 2,848 kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah kumulatifnya 408,236 kes manakala kes aktif kini 38,499.

“453 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 244 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Menerusi kenyataan media mengenai penularan Covid-19,  Dr Noor Hisham berkata, terdapat 13 lagi kluster baharu dikesan hari ini termasuk empat daripadanya membabitkan kluster keagamaan dan tiga kluster tempat kerja.

Kluster keagamaan melibatkan Kluster Jalan Haji Abdul Aziz di Selangor, Kluster Pauh Lima (Kelantan), Kluster Jalan Dato Setia (Johor) dan Kluster Dah Penghulu (Kedah) manakala kluster di tempat kerja meliputi Kluster Jalan Utarid Lima dan Kluster Jalan Sepuluh Industri Miel di Selangor serta Kluster Jalan Serkam di Melaka dan Johor.

Bagi kluster komuniti membabitkan Kluster Bako Hilir di Sarawak dan Banggol Gajah Mati di Kelantan, manakala Kluster Dah Amanjaya 2 di Kedah adalah kluster kumpulan berisiko tinggi.

“Kluster Kota Warisan di Selangor adalah Kluster Institusi Pendidikan; Kluster Jalan Lingkaran Ilmu di Johor (Kluster Pendidikan Tinggi) dan Kluster Jalan Mempelam di Selangor (Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan),” katanya.

Mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai esok, Dr Noor Hisham berkata Malaysia sedang berhadapan dengan kesinambungan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok