Isu undi awal tentera, Anwar digesa lapor kepada SPRM

November 13, 2022 · Politik

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa berhubung dakwaannya mengenai anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi awal untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan dibayar RM300 untuk berbuat demikian.

Hishammuddin berkata demikian berikutan kenyataan Presiden PKR itu semalam yang memaklumkan dia mempunyai bukti berhubung dakwaan tersebut dan akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menurut laporan Bernama.

“Dia (Anwar) kata sudah ada bukti dan sepatutnya dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sepetang Bersama Pemimpin, di Sungai Buloh, hari ini.

Hishammuddin turut menjelaskan bahawa proses undi pos adalah kebiasaan buat warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas dan tidak dapat hadir pada hari pengundian.

“Apa tujuan dia (Anwar) membuat dakwaan itu dan sehingga hari ini tidak terjawab,” katanya dan menyifatkan kenyataan Anwar, selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH), itu telah menimbulkan kemarahan warga ATM.

SPR menetapkan 15 Nov sebagai hari pengundian awal manakala hari pengundian adalah pada 19 Nov ini.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
17 jam lalu· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan PH-BN jangan sombong, rakyat mahu keluar wang KWSP
February 20, 2023
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Buat hantaran jelik, sebutan rayuan kes Jamal ditetapkan pada 17 Ogos
May 18, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok