Rafizi bising calon lain tak isytihar harta, tapi Anwar pun belum isytihar lagi

November 7, 2022 · Politik

Ketika Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengkritik calon-calon yang lain daripada parti lawan yang tidak mengisytiharkan harta ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini, bosnya dan rakan-rakan dalam parti itu juga tidak berbuat demikian.

Ironinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, juga masih belum membuat perisytiharan harta.

Hasil semakan dalam laman portal PKR pada 1.30 petang tadi mendapati Anwar dan Wan Azizah masih belum membuat perisytiharan harta tersebut, tetapi Rafizi lebih sibuk menuduh pihak lawan tidak mengisytiharkan harta.

Apabila cuba diklik pada bahagian dokumen pengisytiharan harta, hanya notis ‘akan dikemaskini’ yang muncul.

Wan Azizah dicalonkan di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, manakala Anwar di Tambun.

Semakan juga mendapati, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang dicalonkan di Parlimen Kulim Bandar Baharu juga masih belum mengisytiharkan hartanya.

Minggu lalu, Rafizi dilaporkan berkata sekiranya terdapat mana-mana ahli politik yang enggan mengisytiharkan harta yang dimiliki, kemungkinan terdapat sesuatu yang cuba diselindungkan.

Sebelum ini Rafizi menjadi calon pertama PRU15 mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Difahamkan, pada majlis pengumuman calon PKR, kesemua calon menandatangani borang aku janji.

Borang tersebut melibatkan persetujuan untuk memulangkan wang deposit pencalonan, memotong elaun sekiranya menjadi wakil rakyat, serta mengisytiharkan harta.

Bagaimanapun, nilai aset Rafizi bernilai berjuta-juta ringgit itu dipertikaikan dengan bekas pemimpin PKR Datuk Mohd Rashid Hasnon bertanya sama ada harta dikumpul itu adalah sumbangan orang ramai.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok