Pulau Pinang benar solat sunat Aidilfitri di kawasan PKP, PKPB

May 10, 2021 · Isu semasa

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membenarkan masjid dan surau di beberapa daerah dan mukim yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB), mengadakan solat sunat Aidilfitri.

Pengarah JHEAIPP Mohd Zakuan Zakaria, berkata bagi kawasan PKP, kadar bilangan jemaah adalah mengikut keluasan ruang solat utama masjid dan surau di seluruh negeri.

“Manakala bagi kawasan PKPB, kadar bilangan jemaah adalah mengikut keluasan ruang solat utama dan ruang bersesuaian dalam kawasan masjid atau surau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, masjid dan surau hendaklah memastikan hanya rakyat Malaysia dan mereka yang berstatus pemastautin tetap sahaja dibenarkan solat.

“Jemaah hendaklah berusia 15 tahun hingga 70 tahun sahaja. Jemaah yang berumur di bawah 15 tahun serta 71 tahun dan ke atas hendaklah dalam keadaan sihat, dan tidak bergejala, namun tetap tidak digalakkan hadir,” katanya.

Mohd Zakuan berkata, takbir hari raya menggunakan pembesar suara luar dibenarkan bermula selepas solat Maghrib malam terakhir Ramadan, tetapi takbir bergerak dari rumah ke rumah tidak dibenarkan.

Antara syarat lain yang dikenakan ialah imam dan khatib jemputan tidak dibenarkan untuk memimpin solat dan menyampaikan khutbah hari raya, bacaan khutbah hendaklah ringkas, membaca surat yang pendek.

“Kadar tempoh keseluruhan solat sunat Aidilfitri termasuk takbir, solat, khutbah dan doa adalah kira-kira 45 minit sahaja,” katanya.

Selain itu katanya, prosedur operasi standard (SOP) bagi semua aktiviti di masjid adalah mengikut ketetapan pihak kerajaan dan wajib dipatuhi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
23 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok