PRU-15 : GPS gugur Wan Junaidi, Rohani

November 3, 2022 · Politik

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menggugurkan dua penyandangnya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Seri Rohani Abdul Karim bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini.

Perkara itu disahkan Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Abang Openg ketika menggumumkan calon GPS bagi PRU-15 di Kuching, hari ini.

GPS menampilkan 14 muka baharu termasuk calon termuda berusia 37 tahun, Mohamad Shafizan Kepli yang diletakkan di Batang Lupar bagi menggantikan Rohani.

Naib Ketua Wanita PBB, Datuk Seri Nancy Shukri akan bertukar kerusi dari Parlimen Batang Sadong ke Parlimen Santubong bagi menggantikan Wan Junaidi.

Wan Junaidi sebelum ini menyatakan hasrat untuk berundur dan sudah mempersiapkan calon pengganti di kerusi itu namun tidak mendedahkan individu pilihannya itu.

Sementara Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing akan mempertahankan kerusi Kapit dan Petra Jaya.

Selain itu, turut diumumkan adalah Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum yang dicalonkan semula bertanding di Julau dan Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing akan mempertahankan kerusinya di Bintulu manakala Datuk Willie Mongin diumum mempertahankan kerusi Puncak Borneo.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding
October 18, 2023· Politik
Premier Sarawak nafi anak mahu ambil alih MYAirline
October 12, 2023· Isu semasa
SPRM tahan empat individu bantu siasatan rasuah projek air Sarawak
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Anwar, Nik Abduh hanya ‘ngeteh’
May 13, 2023
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
24 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok