Jangan terlalu mendabik dada seolah UMNO parti suci : Muhammad Faiz

March 26, 2021 · Politik

UMNO jangan terlalu mendabik dada seolah mereka sahaja lah parti yang paling suci walhal hakikatnya orang Melayu sudah muak dengan sikap korupsi segelintir pemimpin tersebut sehingga mereka ditolak semasa pilihan raya umum lalu, kata seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Dr. Muhammad Faiz Na’aman membidas tindakan UMNO yang seolah mahu menjadikan Bersatu sebagai “beg tinju” dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada hujung minggu ini demi menutup masalah yang dihadapi parti mereka sendiri.

“Menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada hujung minggu ini, terdapat beberapa pemimpin parti tersebut yang secara terbuka menjadikan Parti BERSATU sebagai kambing hitam serta beg tinju untuk dipersalahkan dalam menentukan halatuju parti mereka.

“Seolah-olah di pihak kepimpinan parti mereka suci murni belaka tiada cacat cela yang perlu dibaiki secara drastik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya umum lalu tidak boleh dinafikan adalah simbolik penolakan rakyat terhadap parti itu, terutamanya orang Melayu sendiri yang sudah muak dengan keangkuhan “warlords” parti itu.

“Walhal umum tahu adalah mustahil Kerajaan BN boleh tersungkur setelah PRU ke-14 lalu jika tidak diajar oleh kuasa undi majoriti rakyat terutama orang Melayu sendiri yang sudah muak dengan sikap angkuh, budaya bermewah-mewahan dan aktiviti korupsi sesetengah “warlords” UMNO,” katanya lagi.

Menurut Muhammad Faiz lagi, UMNO seakan terlupa dengan kes rasuah yang terpalit dengan parti mereka itu sehinggakan Tan Sri Muhyiddin yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Presiden menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO sehingga dipecat hanya kerana cuba membetulkan parti tersebut.

“Parti Bersatu tidak pernah mendabik dada kononnya kita satu-satunya wadah politik kaum Bumiputera yang paling sempurna, paling hebat atau paling maksum.

“Wujudnya Bersatu adalah berpucuk pangkal dari skandal kolar putih paling dahsyat dalam sejarah negara, 1MDB (1Malaysia Development Berhad). Dari situ beberapa pemimpin UMNO yang berani bersuara termasuk Muhyiddin disingkirkan dari parti,” ujarnya lagi.

Muhammad Faiz juga menggesa agar penyokong UMNO tidak fanatik dengan parti sendiri bahkan Muhyiddin selaku Presiden Bersatu juga menghulur tangan demi memastikan perpaduan ummah dapat dipelihara.

“Sebagai orang muda dan orang baru dalam politik nasional, dengan rendah diri saya seru para pemimpin bangsa kita tidak kiralah dari parti mana, fikirlah di luar skop kefanatikan terhadap parti politik kalian.

“Jika Presiden parti kami menghulur tangan perpaduan ummah secara terbuka ketika ucapannya di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti BERSATU tahun lepas, adakah seruan yang sama dapat kita didengari pada PAU nanti?” katanya lagi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok