Tiada nama anak Najib dihantar jadi calon ganti bapanya, kata UMNO Pekan

October 24, 2022 · Politik

UMNO Pekan menjelaskan tiada nama anak bekas penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Seri Najib Razak dikemukakan sebagai calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Spekulasi mengatakan anak Najib yang bergelar banduan antara tersenarai sebagai calon di Pekan dinafikan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly, lapor media.

Tegas Zamri, khabar angin itu tidak benar dan hanya cerita yang dibuat-buat oleh pihak tertentu sahaja.

“Itu cerita sahaja (khabar angin), tidak benar. Yana pun tak menyebut pun nak jadi calon,” katanya dipetik Astro Awani.

Ujarnya, UMNO Bahagian Pekan telah menghantar lima nama calon ke peringkat negeri dan akan diputuskan oleh pucuk pimpinan pusat.

Bagaimanapun sekiranya dirinya dicalonkan, beliau bersedia mempertahankan kerusi disandang Najib itu.

“Kita sebut lima orang, semua daripada pengurusan UMNO bahagian Pekan kita calonkan. Kalau dicalonkan sementara tunggu Datuk Seri Najib, boleh saya bantu.

“Akar umbi nampak okay je, tiada masalah pun. Penyokong pun nampak reda dengan benda yang ada, siapa calon mereka terima sahaja.

“Mereka tahu UMNO ini matang, kita tahu siapa yang boleh dan lebih kepada menunaikan apa yang rakyat nak. Kita lebih kepada tengok rentak daripada akar umbi dan rakyat itu sendiri.” katanya lagi.

Mengulas lanjut ujar Zamri, kesemua nama calon berkenaan disifatkan sebagai ‘winnable dan likeable’ untuk rakyat di Pekan.

Untuk rekod, Najib menjadi Ahli Parlimen Pekan selama tujuh penggal sejak tahun 1986.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
16 jam lalu· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Popular
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Isu dana judi, terang-terang PMX buat fitnah besar terhadap PN: Wan Saiful
May 26, 2023
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
MIC kecewa dengan Zahid, Vigneswaran dakwa dianaktirikan
August 2, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok