Zahid bakal PM kesepuluh tawar 3 kerusi TPM jika BN menang besar

October 23, 2022 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini (23 Oktober 2022) menunjukkan siapa sebenar yang bakal menjadi Perdana Menteri (PM) kesepuluh Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

Ia susulan tindakannya yang mengumumkan tawaran tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya Barisan Nasional (BN) menang majoriti pada PRU-15 tu.

Zahid yang sebelum ini disebut-sebut bakal PM kesepuluh, membuat pengumuman itu pada satu majlis di Sabah hari ini yang turut dihadiri Naib Presiden UMNO yang juga PM sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sepatutnya Ismail Sabri lah yang membuat pengumuman itu kerana beliau adalah ‘poster boy’ dan dicalonkan oleh semua UMNO bahagian sebagai PM kesepuluh.

Ketika mengumumkannya, Zahid berkata tiga jawatan TPM turut melibatkan pemimpin dari Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Jawatan TPM tidak ada dalam Perlembagaan. Sebelum ini, hanya ada empat jawatan menteri kanan. Jadi tidak mustahil tiga jawatan TPM diwujudkan sekiranya BN menang dengan dominan.

“Jawatan itu akan disandang oleh mana-mana pemimpin dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Tiga TPM itu akan diwujudkan jika BN muncul dominan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU-15 nanti,” kata Pengerusi BN itu pada sidang media selepas Perasmian Program Gelombang Biru BN Zon 3, di Papar, menurut BH.

Menurut Zahid cadangan berkenaan akan dimasukkan ke dalam manifesto BN Sabah sebelum pilihan raya ini.

Katanya, ia merupakan satu pendekatan baharu yang dicadangkan pihaknya di mana selain BN Sabah, BN Semenanjung dan GPS juga dapat memasukannya sebagai manifesto.

Sebelum ini, Agenda Daily melaporkan persoalan timbul siapakah sosok pemimpin UMNO yang bakal menjadi PM jika berjaya memenangi PRU-15 bulan depan.

Walaupun atas kertas UMNO menamakan Ismail Sabri sebagai calon PM, cakap-cakap dalam akar umbi lebih cenderung mempercayai Zahid juga layak untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.

Selepas berjaya memberi tekanan kepada Ismail Sabri membubarkan Parlimen, akar umbi melihat Zahid kini merupakan individu paling berkuasa kerana tandatangannya untuk watikah pencalonan lebih berharga berbanding Ismail Sabri yang hanya merupakan Naib Presiden dan ‘poster boy’.

Malah dalam kumpulan Whatsapp akar umbi UMNO juga sudah berlaku perbincangan hangat yang menyokong Zahid sebagai PM baharu kesepuluh dan bukannya Ismail Sabri, sekali gus menambah lagi spekulasi berkemungkinan Zahid lebih layak untuk mengemudi negara.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok