PRU-15: Anak murid ajak ‘tendang’ parti Anwar

October 22, 2022 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat ‘menendang’ Pakatan Harapan (PH) – gabungan parti yang diketuai cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 19 November depan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu yang sebelum ini adalah kawan rapat Anwar, yakin rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan pujukan dan propaganda PH bertujuan memanipulasi fikiran rakyat ini.

Menurutnya majoriti rakyat akan berlaku rasional dengan memilih kestabilan dan kemakmuran, bukan memilih kepentingan politik PH semasa membuat penentuan PRU-15.

“Lebih baik kita ‘tendang’ mereka lebih awal supaya mereka tidak merosakkan negara dan kesejahteraan keharmonian hidup masyarakat sekali lagi,” kata Zahid dalam satu kenyataan hari ini.

Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu yang kini berdepan 87 pertuduhan jenayah, termasuk rasuah, sebelum ini adalah rakan baik Anwar yang juga Presiden PKR, malah kedua-duanya memainkan peranan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar sendiri akan bertanding di Parlimen Tambun, Perak.

Mengulas lanjut, Zahid berkata PH sedang memujuk rakyat supaya memilih mereka sebagai kerajaan selepas PRU-15, dan jika prestasi kerajaan itu ‘ke laut’, maka mereka bersedia ditendang sekali lagi.

“Apakah PH fikir begitu mudah rakyat Malaysia dipermainkan dengan propaganda seperti ini selepas rakyat menyaksikan apa yang terjadi hanya dalam tempoh 22 bulan?,” katanya.

Zahid juga mengingatkan bahawa PH telah menyebabkan kemorosotan ekonomi, kewangan negara kucar-kacir, ketidakstabilan politik, keharmonian hidup masyarakat terganggu, dan kebajikan rakyat dikurangkan.

Untuk rekod, negara sekarang di bawah pentadbiran Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malaysia sekali lagi menempa sejarah apabila nilai ringgit jatuh ke paras terendah sepanjang masa semalam berbanding dolar Amerika Syarikat iaitu 4.7380, berbanding 4.7250 pada 7 Januari 1998 ketika krisis kewangan dahulu.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok