PRU-15: JPN ke lokasi banjir bantu pengundi hilang dokumen

October 17, 2022 · Isu semasa

Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan digerakkan ke lokasi banjir bagi membantu mangsa yang kehilangan dokumen pengenalan diri.

Menteri Dalam Negeri sementara, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata usaha ini bagi membantu mangsa banjir agar dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Pegawai JPN bersiap sedia, kita jaga kepentingan rakyat. Kalau dokumen pengenalan diri tiada macam mana mereka hendak mengundi,” katanya menerusi sidang akhbar Hari Pendaftaran Negara ke-74 di Putrajaya, lapor Sinar Harian.

Katanya persiapan telah dibuat JPN dengan memberi tumpuan kepada mana-mana kawasan yang terjejas.

“Kita sentiasa bersedia sebab dalam Malaysia banjir merata-rata, tidak datang sekali. Semalam di Langkawi, sebelum itu di Johor dan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu Hamzah juga memberitahu, JPN akan mengeluarkan sijil kelahiran versi baharu bermula tahun hadapan dengan ciri keselamatan yang terkini bagi mengelakkan berlakunya pemalsuan dokumen.

“Sijil kelahiran yang baharu ini ada ‘watermark‘ kerana kita ingin pastikan ia tidak boleh dipalsukan sewenang-wenangnya.

“Sijil kelahiran lama masih boleh digunakan cuma yang baharu ini kita tingkatkan keselamatan dokumen kerana ia harus berubah mengikut zaman,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok