KDN arah penguatkuasa pertingkat pemantauan

May 8, 2021 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan jabatan dan agensi penguatkuasaan meningkatkan bilangan operasi pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah diwartakan.

Jabatan dan agensi terbabit ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Agensi Antidadah Kebangsaan dan Agensi Kawalan Sempadan.

KDN dalam kenyataan hari ini berkata arahan itu dikeluarkan bagi memastikan penularan virus Covid-19 dapat dibendung dengan lebih berkesan dan menyeluruh terutama menjelang sambutan Aidilfitri minggu depan.

Selain menambah bilangan kekuatan anggota serta operasi sekatan jalan raya di lapangan, pemantauan ketat juga dijalankan bagi menghalang individu mengambil kesempatan merentas negeri atau daerah menggunakan pengangkutan awam seperti KTM Komuter, LRT, MRT, ERL, KL Monorail atau perkhidmatan e-hailing.

“KDN memantau rapat perkembangan penularan pandemik Covid-19 dalam negara dan menerima banyak laporan daripada jabatan serta agensi penguatkuasaan berhubung masalah kekurangan pematuhan terhadap SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKP di kawasan tertentu di Selangor, Johor, Terengganu, Perak dan Kelantan serta seluruh Kuala Lumpur sebagaiusaha bagi membendung penularan jangkitan Covid-19.

Sejak PKP dilaksanakan dan sehingga kini, seramai 100,980 anggota dari pelbagai jabatan dan agensi KDN terbabit dalam penugasan Covid-19.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok