Rizab Bank Negara AS$110.8 bilion pada 30 April

May 7, 2021 · Isu semasa

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$110.8 bilion pada 30 April, 2021 (US$1 = RM4.11), lapor Bernama yang memetik kenyataan bank pusat itu..

Bank pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bank pusat berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$102.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.5 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

Aset-aset terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM459.67 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.43 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.42 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM19.57 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset-aset lain (RM15.99 bilion).

Bank pusat berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM175.13 bilion), mata wang dalam edaran (RM142.49 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM150.52 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM7.69 billion), deposit lain (RM15.20 bilion), kertas Bank Negara (RM9.49 bilion), peruntukan SDR (RM7.91 bilion) dan liabiliti lain (RM5.73 bilion).

Berita berkaitan
Lesen MyAirline digantung serta-merta
November 1, 2023· Isu semasa
Rizab antarabangsa BNM terendah dalam 6 bulan
June 11, 2023· Isu semasa
Rakyat bimbang kenaikan OPR berterusan
February 2, 2023· Isu semasa
Inflasi meningkat kepada 4.7 peratus pada Ogos, kata Bank Negara
September 30, 2022· Isu semasa
Popular
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok