Rakyat bimbang kenaikan OPR berterusan

February 2, 2023 · Isu semasa

Sebut sahaja  kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), pasti ramai yang berbunyi tidak puas hati. Sebelum ini, mungkin kita tidak kisah tentang OPR tetapi kini ia menjadi  sebutan dan satu kebimbangan kepada orang ramai khususnya peminjam.

OPR adalah instrumen dipanggil polisi monetari atau polisi kewangan yang digunakan dalam dua situasi ekonomi iaitu ketika pengembangan dan penguncupan.

Apabila ekonomi itu perlahan atau keadaan ekonomi lembap biasanya Bank Negara Malaysia (BNM) akan turunkan OPR demi merancakkan ekonomi. Bagaimanapun apabila ekonomi rancak maksudnya berlaku inflasi, OPR akan dinaikkan.

Namun kenaikan OPR yang berterusan membebankan pengguna dan peminjam yang terpaksa membayar lebih apabila bayaran pinjaman bulanan mereka dinaikkan.

Mereka yang terkesan teruk adalah golongan rentan atau B40 yang terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup selain menghadap kadar kenaikan bayaran pinjaman yang berterusan.

OPR telah dinaikkan sebanyak empat kali dengan kadar ketika ini sebanyak 2.75 peratus.

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, pihak bank seharusnya berperikemanusian dan tidak ‘bersembunyi’ di belakang BNM setiap kali kenaikan OPR yang memberi kesan kepada peminjam.

Menurutnya, bank sebenarnya tidak tertakluk untuk mengikuti kenaikan OPR kepada peminjam yang asasnya dikenakan kepada bank.

Katanya, pihak bank sewajarnya melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dengan mengecualikan kenaikan OPR kepada peminjam sedia ada khususnya daripada golongan rentan seperti B40 yang terjejas susulan kenaikan berterusan OPR.

“Tindakan bank-bank mengecualikan kenaikan OPR kepada peminjam tidak akan menyebabkan mereka mengalami kerugian memandangkan keuntungan direkodkan mereka adalah berbilion ringgit sekali gus mereka mampu menyerap kenaikan OPR.

“Keadaan ekonomi masih tidak menentu dan jangkaan OPR akan terus dinaikkan demi kemampanan ekonomi negara. Kerajaan telah dan terus membantu rakyat dan bank-bank pula bila?

“Ada atau tidak bank-bank di negara ini yang ‘berani’ menjadi perintis dalam menyerap OPR buat pertama kali?,” ujarnya.

Bank sebenarnya tidak wajib menaikkan OPR kepada pengguna dan mereka boleh menyerap kenaikan kadar OPR berkenaan dengan keuntungan besar mereka, namun sehingga kini tiada lagi bank yang melakukan tindakan terpuji itu?

Malah bank yang mengamalkan sistem kewangan Islam juga dilihat tidak bertindak seperti diharapkan membantu peminjam yang terbeban dengan kenaikan OPR sehinggakan sistem pinjaman Islam dilihat tiada bezanya dengan sistem konvensional.

Dalam pada itu, keputusan BNM  mengekalkan OPR dilihat bertepatan dengan keadaan ekonomi semasa.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin berpandangan keputusan tersebut dilihat dapat memberi ruang kepada kerajaan untuk menilai tindakan selanjutnya terutama isu kos sara hidup rakyat.

Katanya, keputusan untuk mengekalkan OPR juga diharap mampu membawa kesan kestabilan ke dalam rantaian bekalan sekali gus menyuntik keyakinan dalam pasaran.

“Kita melihat kadar inflasi global pun dikatakan berada pada tahap yang dikatakan sebagai paras puncak. Ada indikasi menunjukkan ia akan berada pada keadaan lebih stabil.

“Pusingan dasar moniteri yang diperketatkan dalam konteks negara dunia pun sudah memperlahankan dari segi kuantitinya…di AS pun peningkatannya tidaklah tinggi seperti sebelumnya,” katanya.

BNM menaikkan kadar OPR pada 25 mata asas sebanyak empat kali berturut-turut sejak Mei 2022 berbanding paras terendah 1.75 sejak Julai 2020.

Berita berkaitan
Anak Kedah kecewa PM Anwar seakannya sekat kemajuan negeri Kedah
March 8, 2023· Rencana
Mat Maslan yakin negara tak alami kegawatan ekonomi tahun ini
March 6, 2023· Isu semasa
Cabaran ekonomi 2023: Bantu wanita tingkatkan taraf hidup
February 14, 2023· Isu semasa
Sampai bila negara mahu lahirkan jutawan hutang?
February 13, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
3 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
5 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
5 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
6 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok