Jangka hayat di 6 negeri melebihi 73.4 tahun: Jabatan Perangkaan

September 28, 2022 · Isu semasa

Bayi lelaki dan perempuan yang lahir pada 2022 secara purata dijangka hidup selama 73.4 tahun iaitu menurun sedikit, berbanding 74.5 tahun bagi bayi yang lahir tahun lepas, menurut statistik Jangkaan Hayat Malaysia 2022 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan hari ini.

Menurut jabatan itu, statistik jangkaan hayat di negara ini mencatatkan penurunan sejak 2020 adalah disumbangkan oleh faktor peningkatan lebihan kematian ketika pandemik Covid-19.

Berdasarkan statistik berkenaan golongan perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki dengan perbezaan jangkaan hayat 4.5 tahun pada 2022.

“Bayi lelaki yang lahir pada 2020 secara purata dijangka hidup sehingga 72.5 tahun; 72.3 tahun (2021) dan 71.3 tahun bagi yang lahir pada 2022, manakala bayi perempuan yang lahir pada 2020 dijangka hidup sehingga 77.2 tahun; 77 tahun (2021) dan 75.8 tahun (2022),” menurut laporan Bernama.

Sementara itu, data turut merekodkan lelaki dan perempuan yang mencapai usia 15 tahun pada tahun ini, masing-masing dijangka hidup sehingga 56.9 tahun dan 61.3 tahun lagi.

Bagi lelaki dan perempuan berumur 60 tahun pada 2022 masing-masing dijangka hidup selama 17.5 dan 20.1 tahun lagi iaitu sehingga usia mereka sekitar 77.5 tahun (lelaki) dan 80.1 tahun (perempuan).

“Lelaki dan perempuan berumur 65 tahun pada 2022 masing-masing dijangka hidup selama 14.2 tahun dan 16.4 tahun lagi. Ini bermakna mereka dijangka hidup sehingga berusia 79.2 tahun bagi lelaki dan perempuan, 81.4 tahun,” menurut Jabatan Perangkaan.

Jabatan itu memaklumkan, etnik Cina mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi dengan lelaki, 73.5 tahun dan perempuan, 79.4 tahun.

Enam negeri mencatatkan jangkaan hayat melebihi paras nasional (73.4 tahun) adalah Selangor dengan 75.2 tahun, Wilayah Persekutuan Putrajaya (74.5 tahun), Wilayah Persekutuan Labuan (74.5 tahun), Sarawak (74.3 tahun), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (74.0 tahun) dan Sabah (73.5 tahun) pada 2022.

Selangor mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi 2020 hingga 2022, manakala Terengganu mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada 2020 dan 2021, sementara Kedah mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah tahun ini.

Berita berkaitan
Seorang warga Syria didakwa melakukan khianat bakar bilik hotel
November 10, 2023· Isu semasa
Lelaki intai wanita di tandas pasar raya ditahan polis
October 23, 2023· Isu semasa
Pemuda MCA gesa kerajaan tangani kos sara hidup, syor perkenal GST
October 21, 2023· Politik
Tiga individu ditahan termasuk anggota penguat kuasa SPRM minta rasuah
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Benarkan ganja perubatan, kata bekas Ketua Hakim Negara
June 24, 2022
Pertuduhan terhadap Muhyiddin berniat jahat, 3 pertuduhan juga harus gugur: Azmin
August 15, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok