Seorang lagi pegawai polis dikaitkan dengan Geng Nicky dibebas

May 6, 2021 · Isu semasa

Polis membebaskan seorang lagi pegawai penyiasat kanan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky semalam, kata peguamnya, Gobind Singh Deo.

ASP Baldev Singh Gurdial Singh, 36, yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dibebaskan dengan jaminan polis.

Sementara itu, Peguam Persekutuan Muhammad Safuan Azhar berkata berikutan pembebasan itu, Baldev Singh akan menarik balik permohonan habeas corpus supaya dibebaskan serta-merta daripada tahanan SOSMA.

“Mahkamah menetapkan 11 Mei ini untuk pengurusan kes berhubung penarikan balik permohonan habeas corpus di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan,” katanya lapor Bernama hari ini.

Baldev Singh memfailkan permohonan habeas corpus pada 30 April lepas dengan menamakan Supt Amran Mohd Jusin (pegawai penyiasat) dan Ketua Polis Negara sebagai responden pertama dan kedua.

Berdasarkan afidavit sokongannya yang difailkan bersama permohonan itu, Baldev Singh mendakwa beliau ditahan pada 26 April lepas di ibu negara untuk siasatan melibatkan suatu kes jenayah di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan SOSMA.

Dalam permohonan itu, Baldev Singh mendakwa beliau tidak pernah terlibat dengan apa-apa kes berkaitan di bawah Seksyen 130V dan penahanannya di luar skop serta jangkaan seksyen berkenaan atau di bawah peruntukan SOSMA, selain penahanannya adalah tidak sah serta bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Semalam sebuah portal media melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu bahawa seorang pegawai polis, ASP Rahmat Fitri Abdullah yang ditahan di bawah SOSMA kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan Geng Nicky telah dibebaskan tiga hari lepas.

Rahmat Fitri kemudiannya menarik balik permohonan habeas corpus dan mahkamah membatalkan permohonan itu kerana ia bersifat akademik.

Pada 9 April lalu, seramai 14 individu termasuk dua adik ahli perniagaan dalam buruan Nicky Liow Soon Hee didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan terbabit dalam kumpulan Geng Nicky.

Nicky, 33, merupakan pengasas kepada Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk Puchong, Selangor menjadi buruan polis selepas 68 ahlinya ditahan dalam Op Pelican 3.0 bermula 20 hingga 28 Mac lepas.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
7 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok