Ahli DAP setuju pindaan antilompat parti dalam perlembagaan

September 25, 2022 · Politik

DAP hari ini (25 September 2022) hampir sebulat suara bersetuju untuk membuat pindaan kepada undang-undang antilompat parti mereka seiring dengan perubahan yang dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan hari ini.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata hanya dua ahli tidak bersetuju dengan usul untuk membuat pindaan dan oleh itu undang-undang baharu akan diwartakan tidak lama lagi.

Dalam sesi pengundian yang berlangsung pada Kongres Khas DAP 2022 di Shah Alam, seramai 632 perwakilan menyokong pindaan itu, manakala dua lagi tidak menyokong.

“Perubahan kepada Perlembagaan Persekutuan telah diwartakan… jadi kita juga hari ini telah meluluskan pindaan itu dan kita harap Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan menyegerakan perkara ini dan kita boleh menguatkuasakannya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Ini penting untuk menutup beberapa kelemahan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia tidak meliputi Ahli Parlimen yang dipecat daripada parti. Pada masa itu ia bermakna mereka tidak menentang parti dan akan kekal sebagai ahli parti walaupun jelas beliau telah melanggar undang-undang parti.

“Jadi sekarang jika kita telah menyatakan dengan jelas bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar undang-undang parti melanggar perlembagaan parti dia boleh disingkirkan daripada parti,” katanya pada sidang media selepas kongres itu.

Ketika sesi perbahasan antara perwakilan dalam sesi tertutup kongres berkenaan, Loke menegaskan kepada akar umbi DAP bahawa pindaan itu amat mustahak untuk menutup kelompangan dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak meliputi Ahli Parlimen yang dipecat dari parti.

Katanya, penjelasan kepada akar umbi turut dibuat mengenai keadaan bagaimanakah yang membuatkan seseorang wakil rakyat DAP hilang keahliannya, sewaktu sesi perbahasan kongres berkenaan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok