Nurul Izzah hasrat kekal bertanding kerusi Permatang Pauh

September 18, 2022 · Politik

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyuarakan hasrat mahu kekal bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Untuk rekod, Nurul Izzah sebelum ini bertanding di Lembah Pantai sebelum membuat penampilan di Permatang Pauh pada PRU-14 lalu dan berjaya memenangi kerusi yang sebelum ini disandang bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya bukan pemutus kata walaupun hati ini memang teringin (kekal bertanding kerusi Permatang Pauh).

“Sebagai seorang askar dalam parti, saya berharap tidak akan digugurkan daripada menjadi calon dan diberikan kerusi sebagaimana yang dipohonkan hati iaitu Permatang Pauh,” katanya dalam satu sidang media sebelum merasmikan sesi dialog bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di sini hari ini.

Nurul Izzah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perlis, Kedah dan Pulau Pinang itu berkata pimpinan Pakatan Harapan telah menetapkan 20 Sept untuk membincangkan soal persediaan PRU-15 seperti pembahagian kerusi dan calon, yang diharapkan boleh selesai sebelum Oktober.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Rundingan kerusi PH dengan UMNO-BN belum selesai, jangka minggu depan
June 30, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok