Kerajaan PKR arah bazar Ramadan di Selangor dihentikan

May 5, 2021 · Isu semasa

Operasi bazar Ramadan di enam daerah dalam negeri Selangor yang dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dihentikan bermula Sabtu ini walaupun arahan kerajaan pusat memberi kebenaran kepada peniaga untuk meneruskan aktiviti perniagaan mereka.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pengumuman yang dibuat awal ini bertujuan untuk memberikan masa kepada peniaga untuk menghabiskan stok mereka dan menegaskan kerajaan negeri tidak akan mengikut arahan kerajaan pusat yang membenarkan operasi bazar diteruskan.

“Dalam SOP (prosedur operasi piawai) yang telah dikeluarkan, kita dapati operasi bazaar Ramadan tidak dibenarkan.

“Namun semalam Menteri Pertahanan telah keluarkan arahan untuk benarkan, dan kita telah buat keputusan semua bazar tidak dibenarkan beroperasi di negeri Selangor mulai Sabtu,” katanya dipetik dalam Malaysiakini.

Amirudin berkata tempoh sehingga Sabtu ini sudah mencukupi kepada peniaga untuk menyelenggara stok-stok yang mereka miliki dan menafikan tindakan diambil oleh kerajaan PKR itu sebagai kejam.

“Ini untuk beri peluang untuk pemilik gerai atau pengurus bazar Ramadan untuk selesaikan beberapa tugasan mereka, terutama untuk selenggara dan uruskan stok-stok yang mungkin mereka telah kumpulkan.

“Dengan ambil kira jumlah hari niaga telah cecah 25 hari menjelang Jumaat, kita tidaklah begitu kejam,” katanya.

Dalam pada itu, bantuan sebanyak RM500 kepada 11,000 peniaga bazar Ramadan yang terjejas juga diumumkan Amirudin.

Semalam, pelaksanaan PKP diumumkan di enam daerah dalam Selangor yang akan bermula 6 hingga 17 Mei ini bagi mengekang penularan Covid-19 yang semakin meningkat hampir setiap hari di negeri itu.

Pelaksanaan tersebut diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mengambil kira peningkatan kes mendadak yang dialami di Selangor dan ia perlu dilaksanakan bagi memutuskan rantaian jangkitan.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok