Malaysia dijangka tidak alami kemelesetan, kata Pengerusi Bursa

September 14, 2022 · Isu semasa

Malaysia tidak mungkin terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi memandangkan struktur kepelbagaian ekonominya yang kurang bergantung kepada komoditi, selain mengamalkan dasar pragmatik dan responsif, kata Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata sektor pertanian dan perlombongan kini hanya menyumbang 14 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, manakala sektor perkhidmatan menyumbang 57 peratus dan sektor pembuatan pula sebanyak 24.3 peratus, lapor Bernama.

“Kepelbagaian rakan dagangan kami — kami tidak terlalu bergantung kepada satu negara tertentu sahaja — menambah daya tahan ekonomi kami,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Invest Malaysia 2022 Siri 1: Membina Daya Tahan Dalam Situasi Kemeruapan di sini, pada Rabu.

Beliau berkata bank dan syarikat perkhidmatan kewangan Malaysia mempunyai wajaran yang ketara dalam indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI dan indeks kemampanan FTSE4Good Bursa Malaysia.

“Tujuh saham perbankan ini sahaja iaitu Maybank, Public Bank, CIMB Bank, Hong Leong Bank, RHB Bank dan Alliance Bank mempunyai gabungan permodalan pasaran berjumlah RM325.36 bilion atau kira-kira 20 peratus daripada jumlah permodalan pasaran RM1.65 trilion setakat akhir Jun 2022,” katanya.

Abdul Wahid berkata sistem kewangan ini dilengkapi dengan pasaran hutang dan modal ekuiti yang berfungsi dengan baik, yang bernilai RM3.5 trilion pada 30 Jun, 2022 dengan pasaran modal hutang menyumbang RM1.8 trilion dan pasaran modal ekuiti membentuk RM1.7 trilion.

“Malaysia juga tempat pasaran modal Islam terkemuka dunia yang bernilai RM2.2 trilion, mewakili hampir dua pertiga daripada jumlah pasaran modal,” katanya.

Beliau berkata keteguhan dan kestabilan sistem kewangan adalah faktor penting daya tahan Malaysia, apabila bank tempatan mempunyai permodalan yang baik, cair, diurus secara lebih baik serta dikawal dan diselia dengan berkesan oleh Bank Negara Malaysia.

“Bank juga terus melaksanakan peranan perantaraan mereka dengan menggerakkan dana untuk disalurkan kepada sektor ekonomi yang produktif,” katanya.

Abdul Wahid berkata di peringkat global, ketegangan perdagangan Amerika Syarikat-China serta krisis Ukraine-Rusia juga menyebabkan harga komoditi dan kos logistik melonjak seterusnya mengakibatkan tekanan inflasi yang tinggi di seluruh dunia dan ini memaksa bank-bank pusat mengetatkan dasar monetari masing-masing untuk mengekang inflasi.

“Ini berkemungkinan menyebabkan kelembapan ekonomi dan potensi kemelesetan di sesetengah negara pada 2023,” katanya.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Sesi dagangan Bursa berakhir rendah pada tengah hari
December 13, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
6 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok