Siti seronok dapat kumpul pahala berganda di akhir Ramadan

May 5, 2021 · Isu semasa

Penyanyi terkenal tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal positif, meskipun kini dikritik hebat oleh netizen susulan isu mengadakan majlis tahnik yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Tidak cepat melatah, pelantun lagu Biarlah Rahsia itu, menganggap apa yang terjadi itu sebagai satu hikmah yang membolehkan dia ‘mengumpul banyak pahala’.

Tambahan lagi, bulan Ramadan kini memasuki malam-malam terakhir, yang sememangnya umat Islam dituntut untuk mempertingkatkan lagi amalan mereka.

“Alhamdullilah saya patut tengah seronok ni, (dapat) kumpul pahala banyak-banyak 10 malam terakhir ini, kata ustaz bila berhadapan dengan dugaan ini.

“Betullah ustaz, dapat pahala free (percuma) berganda-ganda pula itu. Alhamdullilah,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story.

Terdahulu, rata-rata netizen mempersoalkan kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi itu.

Malah, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila tetamu didakwa dibenar merentas negeri untuk hadir ke majlis tersebut.

Menerusi beberapa keping gambar di akaun Instagram Siti Nurhaliza, majlis tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad, dan tiga penceramah terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.

Namun pada 3 Mei lalu, Siti Nurhaliza menerusi satu kenyataan media, menyangkal dakwaan kewujudan pelanggaran SOP Covid-19 dalam majlisnya.

Azhar Idrus juga turut menafikan beliau merentas negeri kerana beliau memang berada di rumah ibu mentuanya di Kuala Lumpur sewaktu majlis itu diadakan.

Beliau hanya menuruti permintaan rakannya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K untuk menghadiri majlis tersebut.

Rentas negeri masih tidak dibenarkan memandangkan status kes Covid-19 di seluruh negara ketika ini menunjukkan trend tidak stabil dan nilai R-Naught yang meningkat melepasi angka 1.0 sejak 20 hari lalu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok