Kerajaan pertimbang cadangan MPN supaya PKS diberikan moratorium

September 12, 2022 · Isu semasa

Kerajaan akan membincangkan cadangan pemberian moratorium kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan kementerian berkaitan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perbincangan itu akan melibatkan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, lapor Bernama.

“Kita bincang. Saya tak boleh jawab macam itu sahaja.

“Kita akan bincang dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Menteri Kewangan,” katanya selepas majlis pelancaran Dasar Bioteknologi Negara 2.0 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mencadangkan pemberian moratorium kepada PKS terutama mereka yang masih bergelut untuk pulih semasa pasca Covid-19.

Muhyiddin sebelum ini mencadangkan pemberian moratorium kepada PKS memandangkan sektor itu belum pulih sepenuhnya dan ditambah dengan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Berita berkaitan
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Cukai baharu akan menekan PKS, kumpulan dakwa kerajaan tidak berunding
October 14, 2023· Isu semasa
Kerajaan tak bincang turun harga minyak 10 sen, kata Rafizi
July 28, 2023· Isu semasa
Dokumen didedah bukti PMX berbohong, Muhyiddin minta peguam teruskan tindakan saman
July 20, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
3 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok