MITI akan terus perkukuh daya saing negara, pacu prestasi dagangan

September 4, 2022 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus memperkukuh daya saing negara dengan memajukan aspek kerumitan ekonomi serta memupuk ekosistem perindustrian yang mantap dengan meningkatkan inovasi untuk terus memacu prestasi perdagangan negara yang positif.

Ketika menegaskan komitmen itu, Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata MITI akan turut mempertingkat aspek keterangkuman menerusi usaha mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan menggalakkan peluang menyertai rangkaian bekalan serantau serta global, lapor Bernama.

“Malaysia di landasan tepat untuk mendapatkan lebih banyak projek berkualiti, berimpak tinggi dan berintensifkan modal dengan sektor perkhidmatan menjadi pemacu pertumbuhan utama ekonomi selain menjadi penyumbang terbesar pelaburan yang diluluskan bagi separuh pertama tahun ini,” katanya dalam ciapan Twitter beliau, hari ini.

Pada Jumaat lepas, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengumumkan kejayaan Malaysia menarik pelaburan diluluskan bernilai RM123.3 bilion (US$28.0 bilion) dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama bagi separuh pertama 2022.

Jumlah itu melibatkan sebanyak 1,714 projek yang dijangka dapat mewujudkan 57,771 pekerjaan.

Dalam kenyataannya, MIDA berkata pelaburan langsung asing kekal sebagai penyumbang utama aliran masuk pelaburan iaitu 70.9 peratus atau RM87.4 bilion (US$19.9 bilion) manakala pelaburan daripada sumber domestik pula menyumbang 29.1 peratus atau RM35.9 bilion (US$8.2 bilion).

Berita berkaitan
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Anwar kata lawatan ke UAE berjaya, sangat bangga
October 7, 2023· Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
September 25, 2023· Isu semasa
Jumlah dagangan eksport dan import Malaysia menurun setakat Julai 2023
August 28, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok