[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim

August 19, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak membuat satu lagi kejutan di Mahkamah Persekutuan hari ini (19 Ogos 2022), dengan menamatkan khidmat firma guaman Zaid Ibrahim Sufian TH Liew & Partners daripada bertindak sebagai peguam caranya, dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan hukuman penjara dan denda dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Keputusan Najib itu disampaikan kepada panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, oleh peguam utamanya Hisyam Teh Poh Teik, iaitu dari firma guaman berbeza.

“Peguam cara telah dilepaskan oleh perayu,” kata Hisyam Teh di mahkamah pada permulaan perbicaraan rayuan hari ini.

Tengku Maimun, menerima perkembangan terkini itu dan kemudian mengarahkan Ketua Pendakwa Raya ad hoc Datuk V Sithambaram menyambung semula hujahannya.

Ini adalah kali kedua Najib secara mengejut melepaskan pasukan peguamnya sejak permulaan perbicaraan SRC.

Beliau sebelum ini menggugurkan peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan seluruh pasukan pembelanya daripada mewakilinya dalam rayuan terakhir itu pada 25 Julai lalu.

Melalui surat itu, Tetuan Shafee & Co menyatakan bahawa firma guaman itu menerima surat daripada Najib pada jam 5 petang 25 Julai lalu, yang memberhentikan Muhammad Shafee dan peguam cara lain daripada firma berkenaan dengan serta-merta daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes SRC International.

Bekas Presiden UMNO itu memberhentikan Tetuan Shafee & Co yang mewakilinya dalam kes SRC sejak 4 Julai 2018 dan melantik firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners sebagai peguam cara baharu, dengan Hisyam Teh sebagai peguam utama serta Liew Teck Huat dan Rueben Mathiaravanam sebagai peguam bersama.

Bagaimanapun, Hisyam Teh kekal sebagai peguam utama, tetapi semalam beliau membuat pusingan ‘U’ apabila menyatakan tidak akan membuat sebarang hujahan pembelaan.

Hisyam telah memohon untuk melepaskan dirinya sebagai peguam Najib pagi semalam (18 Ogos) jika Mahkamah Persekutuan enggan menangguhkan pendengaran rayuan terakhir.

Beliau bagaimanapun dihalang oleh panel lima hakim yang mengingatkan peguam itu bahawa beliau mempunyai kewajipan terhadap anak guamnya selepas menerima pelantikan itu.

Pada sidang media kemudian, Hisyam Teh berkata beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mengambil bahagian dalam prosiding rayuan semasa kerana dia tidak diberi masa, yang telah dimohonnya ke mahkamah dan dinafikan untuk membuat persiapan yang diperlukan bagi pembelaan Najib.

“Saya tidak nampak cara bermakna saya boleh bertindak dalam prosiding berkenaan kerana kami sebenarnya tidak bersedia.

“Dalam keadaan itu, saya tidak dapat memainkan peranan yang berkesan. Jadi, pada dasarnya, Datuk Seri (Najib) tidak mempunyai perwakilan undang-undang. Itu hujung pangkalnya,” katanya kepada pemberita di Istana Kehakiman di Putrajaya pada sidang media bersama Najib, semalam.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dalam kenyataan pada sidang media itu turut mengesahkan dia kini tidak diwakili peguam bela.

“Seperti yang semua tahu, peguam saya tidak bersedia meneruskan kerana mereka tidak mempunyai masa secukupnya. Namun, mahkamah tidak membenarkan mereka menarik diri.

“Ini menyebabkan pembelaan saya tidak dapat dikemukakan dan hanya pendakwaan yang membuat hujah,” kata Najib.

12 Ogos lalu, Zaid berkata firma guamannya bersetuju mengambil kes itu kerana Najib mempunyai rungutan yang sah berhubung sabitannya, khususnya mengenai perkara berkaitan dengan kedaulatan undang-undang dan undang-undang yang berkaitan dengan berat sebelah dan konflik kepentingan.

Najib mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah yang dikenakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024
‘Saya tak nikah Rina Harun’
October 18, 2022
Perbicaraan di AS dedah banyak maklumat baharu skandal 1MDB
March 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok