Malaysia berhasrat belajar dari Thailand halal ganja perubatan

August 17, 2022 · Isu semasa

Malaysia merancang untuk belajar daripada dasar ganja negara jiran, Thailand, dalam usahanya untuk menghalalkan penggunaan dadah bagi tujuan perubatan, kata seorang pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini (17 Ogos 2022).

Komen itu dibuat selepas Menteri Kesihatan Thailand Anutin Charnvirakul berkata beliau akan bertemu rakan sejawatannya dari Malaysia ketika mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) minggu depan.

APEC 2022 akan diadakan mulai 16 hingga 31Ogos di Chaing Mai, Thailand, di mana negara itu dijangka akan mempamerkan usahanya dalam menghalalkan ganja perubatan.

Dengan tradisi menggunakan kanabis untuk menenangkan kesakitan dan keletihan, Thailand menghalalkan ganja perubatan pada 2018, menjadikannya negara Asia pertama yang membenarkan penanaman ganja dan penggunaannya dalam makanan dan minuman.

“Kami sedang membangunkan rangka kerja kami sendiri untuk penggunaan ganja bagi tujuan perubatan, dan ingin belajar dari Thailand,” kata pegawai KKM yang enggan disebutkan namanya kepada Reuters.

Kerajaan Malaysia berminat untuk belajar daripada rangka kerja Thailand dalam penggunaan ganja untuk perubatan, tambahnya.

Penanaman dan penggunaan ganja secara rekreasi kini adalah haram di Malaysia, dan memiliki lebih daripada 200 gram dadah itu akan menyebabkan pemiliknya dikenakan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tetapi Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata import dan penggunaan ganja perubatan di bawah preskripsi doktor adalah dibenarkan jika ia berdaftar dan dilesenkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Pada April, Khairy berkata kerajaan mengalu-alukan kajian klinikal untuk kegunaan perubatan cannabidiol, bahan kimia dalam kanabis yang tidak memberikan mengkhayalkan kepada pengguna.

Bulan lalu, Bernama melaporkan KKM menyasarkan untuk mula mendaftarkan beberapa produk cannabidiol bermula tahun depan selepas mengkaji keselamatannya, walaupun kelulusan untuk penanaman masih belum dibuat.

Charnvirakul, yang menjadi penggerak utama di sebalik pengesahan ganja untuk tujuan perubatan di Thailand, menganggarkan industri itu boleh mencecah nilai lebih daripada AS$3 bilion dalam tempoh lima tahun.

“Topik perbincangan adalah mengenai cara bersama-sama memajukan dasar seperti ini untuk mencipta manfaat, dari segi ekonomi dan perubatan,” katanya pada sidang akhbar di Bangkok.

“Kami mahu semua orang mengiktiraf harta tumbuhan ganja ini. Semakin ramai orang berminat dalam bidang ini, lebih banyak pembangunan dan penyelidikan akan dicipta.”

Thailand berkata polisi ganjanya meliputi tujuan perubatan dan kesihatan tetapi bukan penggunaan rekreasi, walaupun undang-undang yang dikeluarkan dengan tergesa-gesa telah mewujudkan ruang untuk kegunaan sedemikian. – Reuters

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Isu kos sara hidup, PMX akan bincang dengan PM Thai dalam pertemuan esok
October 10, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok