Awas! Scammer tidak pernah tidur!

August 21, 2022 · Isu semasa

Sedar atau tidak, perkongsian dalam media sosial menjadi penyumbang besar risiko terdedah dengan scammer.

Pengguna media sosial biasanya berkongsi kandungan atau content di pelbagai saluran berbeza. Sebagai contoh apa yang pengguna kongsikan di Instagram berbeza dengan Facebook, juga mungkin berbeza dengan Twitter dan TikTok, atau rangkaian sosial lain.

Perkongsian dalam media sosial adalah satu fenomena yang menarik kerana perkara yang mendorong seseorang untuk berbuat demikian umumnya mempunyai kaitan dengan mereka sebagai individu.

Kata orang, jerat tak pernah lupakan pelanduk, hanya pelanduk yang selalu lupakan jerat. Mungkin ada benarnya perumpamaan ini yang sedikit sebanyak menyentuh aktiviti harian kita.

Ini termasuklah perhatian kita kepada sindiket yang suka mengambil kesempatan dengan pelbagai tipu helah atau scammer untuk menipu duit orang ramai jika tidak berhati-hati.

Jika sebelum ini, sindiket penipuan kewangan berkenaan melakukan penipuan dengan modus operandi menyamar sebagai pegawai kastam, polis, hospital, pegawai mahkamah dah sebagainya.

Jadi kebanyakan orang yang terbiasa dengan taktik lama itu mungkin terpedaya dengan strategi baharu yang dilakukan scammer terbabit seolah-olah ia adalah tulen.

Tidak seperti scammer terdahulu yang menyamar dari mahkamah, kastam atau balai polis yang meminta kita menunggu di talian untuk disambung, kini wujudkan juga scammer iklan tawaran kerja dan pinjaman tidak wujud yang hanya berurusan melalui WhatsApp atau laman sesawang sahaja.

Scammer ini seolah-olah tidak pernah tidur dan bekerja 24 jam tanpa henti.

Lebih parah lagi, mangsa yang terjerat itu bukan sahaja calang-calang orang dan jumlah kerugian pula bukan sedikit apabila ada yang mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.

Awal tahun ini, seorang pegawai bank mengalami kerugian sehingga RM243,000 akibat ditipu sindiket pinjaman tidak wujud dalam talian.

Menurut Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Superintendan Mohamad Musa Marsidi, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 54 tahun.

Menurutnya, mangsa telah berurusan untuk membuat pinjaman sebanyak RM80,000 dengan mengisi borang di laman sesawang.

Secara logiknya, mungkin ada yang menganggap sesuatu yang mustahil seorang pegawai bank yang sememangnya telah fasih dengan selok-belok dunia kewangan turut terjerat dengan penipuan sedemikian.

Namun, apa yang berlaku jelas memperlihatkan sindiket ini bukan sahaja licik malah terlalu hebat sehingga mampu memperdayakan individu yang bukan calang-calang tersebut.

Persoalannya bukan hanya mengenai ilmu atau teknik rahsia yang digunakan penjenayah terbabit untuk memperdayakan mangsa, malah persoalan juga dibangkitkan bagaimana sesebuah institusi bank atau kewangan boleh meluluskan pengeluaran secara dalam talian dengan jumlah yang begitu banyak dalam satu-satu mangsa oleh sindiket penipuan tersebut.

Sedangkan, bagi pemilik akaun yang sah apabila ingin melakukan sesuatu pengeluaran atau pemindahan wang, ia mempunyai limit atau had jumlah yang boleh dikeluarkan.

Sekiranya pengeluaran itu melebihi had, sebarang urusan perlu dilakukan di kaunter bank atau institusi kewangan terlibat.

Justeru, pihak yang berkaitan perlu melihat jenayah ini dalam aspek yang lebih menyeluruh dan serius serta perlu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk membanteras ‘scammer’ ini.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok