Siasatan ke atas beberapa individu dalam skandal LCS sudah lengkap: SPRM

August 11, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan kertas siasatan terhadap beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Kenyataan SPRM hari ini memaklumkan kertas siasatan itu telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan agar mempertimbang pertuduhan terhadap beberapa individu, lapor Bernama.

“Seterusnya, SPRM akan menerima arahan lanjut hasil daripada kajian Pejabat Peguam Negara terhadap kertas siasatan tersebut,” katanya.

Semalam, Jemaah Menteri menggesa SPRM supaya menyegerakan siasatan berhubung isu LCS.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu telah dibincangkan secara terperinci pada mesyuarat Jemaah Menteri dan meminta Peguam Negara agar melakukan pendakwaan jika terdapat bukti kukuh serta mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Khamis lepas, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendedahkan sembilan prosiding berhubung isu LCS, yang bermula pada 18 Nov 2020, mendapati tiada satu kapal LCS telah disiapkan walaupun kontrak projek bernilai RM6.083 bilion itu, yang diberikan secara rundingan, memperuntuk bahawa lima kapal harus disiap dan diserahkan setakat Ogos 2022.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
23 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok