Kerajaan belum putuskan ubah peraturan sekat eksport ayam

August 8, 2022 · Isu semasa

Kerajaan belum membuat keputusan untuk mengubah sebarang peraturan berkenaan sekatan eksport ayam yang diumumkan pada 1 Jun lepas, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Justeru Annuar berkata dasar harga ayam ketika ini adalah kekal untuk memastikan harga ayam rendah dan keutamaan bekalan kepada rakyat tempatan kerana ia merupakan barangan keperluan bagi setiap keluarga di negara ini, lapor Bernama.

“Kita dapat banyak pandangan dan pemakluman awal tentang kononnya dapat lebihan bekalan ayam dan ada pengharapan dizahirkan kepada jawatankuasa untuk memohon kebenaran mengeksport ayam ke luar negara.

“Saya nak jelaskan mekanisme mengawal tahap kedudukan bekalan tidak boleh dibuat secara bolak-balik. Kita perlukan masa untuk memastikan semua bekalan ayam dalam negara serta barangan lain, mesti terkawal.

“Adalah penting jawatankuasa dapat pantau secara menyeluruh keseluruhan rantaian bekalan yang berkaitan dengan bekalan ayam, sama ada bekalan ayam yang mula dibenar bawa masuk, ayam yang mula diternak dan ayam yang dikeluarkan dan kita akan lihat sejauh mana dakwaan menyatakan bekalan sekarang adalah berlebihan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa itu di bangunan Parlimen hari ini.

Annuar berkata kerajaan menyedari faktor penurunan harga adalah berasaskan kepada bekalan yang cukup dan lebih daripada mencukupi, namun beliau khuatir terdapat pihak yang mengambil peluang mengeksport ayam disebabkan harga bekalan itu yang mahal di negara lain sehingga menjejaskan harga bekalan tempatan.

Annuar berkata jawatankuasa turut membincangkan penemuan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenai lima syarikat berkaitan bekalan ayam yang dikesan melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 dengan terbabit perjanjian antipersaingan atau lebih dikenali sebagai perjanjian kartel.

Beliau berkata memandangkan penemuan MyCC itu adalah siasatan awal, lima perusahaan itu kini mempunyai peluang mengemukakan representasi dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan cadangan itu disampaikan kepada mereka.

“Kita ingin ingatkan pengusaha tidak mengamalkan sebarang tindakan yang melibatkan pakatan untuk menetapkan harga dan melanggar peraturan persaingan bebas kerana ia boleh jejaskan harga kerana dikawal oleh satu kelompok peniaga yang menguasai pasaran dan itu tidak dibenarkan oleh undang-undang negara kita,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok