PAS tuduh pemimpin UMNO Johor tak hormat kesepakatan MN

May 1, 2021 · Politik

PAS Johor memberi amaran kepada Menteri Besar Johor supaya tidak lagi mengeruhkan keadaan sebaliknya terus bersama-sama memperkasakan Muafakat Nasional (MN) di negeri itu.

Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Abdullah Husin berkata, walaupun pihaknya berpegang teguh kepada arahan pusat, Datuk Hasni Mohammad perlu memperbaiki hubungan dengan PAS berasaskan matlamat MN.

Beliau berkata, PAS negeri semakin kecewa sejak kebelakangan ini dengan tindakan menteri besar dan pimpinan UMNO yang didakwa membelakangkan parti itu dalam pelantikan ahli majlis dan ketua kampung.

Katanya, apa yang berlaku itu memberi isyarat yang salah dalam usaha memperkasa MN di Johor khususnya, sejak dari mula penubuhan kerajaan baharu pada Mac tahun lalu.

Beliau berkata, PAS Johor memberi perhatian serius terhadap perkembangan muktakhir berkaitan pembahagian jawatan ahli majlis dan ketua kampung di seluruh negeri yang telah diluluskan oleh Menteri Besar.

“Berdasarkan kepada perlantikan ahli majlis yang terkini di Majlis Perbandaran Muar; Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR); dan Majlis Daerah Kota Tinggi tiada lantikan daripada wakil PAS seperti mana yang telah dipersetujui dalam perbincangan sebelum ini.

“Sebelum itu, PAS Johor tidak dipanggil untuk mengadakan perbincangan bagi lantikan ketua kampung di seluruh negeri Johor yang menyaksikan bahawa PAS hanya diberikan 36 jawatan ketua kampung yang mewakili hanya 5 peratus di seluruh negeri Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan Perikatan Nasional Johor mempunyai 29 kerusi dengan Barisan Nasional sebanyak 16 kerusi, Bersatu (12) dan PAS (satu), manakala Pakatan Harapan mempunyai 27 kerusi dengan DAP 14 kerusi, Amanah (enam) serta PKR (tujuh).

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok