PDRM menafikan laporan kewujudan akaun palsu FB libatkan anggota

August 6, 2022 · Isu semasa

Dakwaan laporan syarikat induk Facebook (FB) dan Instagram, Meta terdapat kewujudan akaun palsu melibatkan anggota polis dinafikan pihak Bukit Aman.

Dalam satu kenyataan, Bukit Aman menyangkal tuduhan laporan Meta tersebut dan akan menyiasat berhubung isu yang didedahkan mengaitkan anggotanya dalam kewujudan akaun palsu FB itu.

“PDRM memandang serius laporan pihak syarikat Meta Platforms Incorporated yang mendakwa terdapat akaun palsu di media sosial, yang mempunyai hubungan dengan PDRM.

“PDRM menafikan dakwaan tersebut dan sedang mengumpul maklumat lanjut mengenainya,” kata Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan malam tadi.

Laporan Meta terbaru mendakwa telah membatalkan 596 akaun Facebook, 180 halaman, 11 kumpulan dan 72 akaun Instagram. Meta berkata siasatannya mendapati akaun ini dikaitkan dengan pasukan polis Malaysia.

“Kami menemui rangkaian ini selepas menyemak maklumat tentang sebahagian kecil aktiviti ini yang pada mulanya disyaki berasal dari China oleh penyelidik di Universiti Clemson.

“Walaupun orang di belakangnya cuba menyembunyikan identiti dan penyelarasan mereka, siasatan kami menemui kaitan dengan Polis Diraja Malaysia.”

Meta dalam laporan Ancaman Musuh Suku Tahunan (Quarterly Adversarial Threat) yang dikeluarkan kelmarin mendakwa rangkaian akaun palsu ini menyiarkan hantaran dalam bahasa Melayu sebagai menyokong gabungan kerajaan semasa dan cuba menggambarkan pengkritiknya sebagai korup, selain mempromosikan pasukan polis.

“Biasanya, aktiviti pengeposan mereka bertambah pantas pada hari bekerja, mengambil rehat untuk makan tengah hari. Akaun palsu mereka agak kurang dibangunkan dan sebahagian daripada mereka menggunakan gambar profil yang dicuri.

“Sesetengah daripadanya telah dikesan dan dilumpuhkan oleh sistem automatik kami,” dakwa syarikat itu lagi dalam laporan berkenaan.

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok