Lebih baik PM bubar Parlimen, tempoh penggal hampir tamat: MT UMNO

August 3, 2022 · Politik

Pembubaran Parlimen adalah langkah terbaik yang boleh diambil Perdana Menteri bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan, kata Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin.

Cadangan itu disuarakan Sharkar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak berterusan rasa tertekan dengan permintaan supaya menunaikan janjinya dengan Perikatan Nasional (PN) yang tidak tertunai lagi sekarang.

“Jika kerajaan tetap membuat keputusan melantik seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM), rakyat akan berasa bahawa ia adalah satu pembaziran yang tidak perlu.

“Tambahan, hangat diperkata ketika ini pembubaran Parlimen semakin hampir dan jika benar, maka tidak perlulah lantikan TPM.

“Jika desakan terus berlaku, PM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewajarnya memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen memandangkan tempoh penggalnya hampir tamat tahun depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gesaan itu disuarakan menjelang Mesyuarat MT UMNO yang akan berlangsung esok.

Ismail Sabri ketika ini berdepan dengan tuntutan janjinya yang tidak ditunaikan selepas terdedah wujudnya perjanjian dengan Bersatu dan PAS sebelum ini.

Pada 28 Julai lalu, Perikatan Nasional (PN) melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Perdana Menteri yang dikatakan tidak bersungguh-sungguh memenuhi ‘terma-terma penting’ perjanjian beliau dengan parti tersebut.

Justeru, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata, PN akan menghantar delegasi bertemu PM bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut.

Hamzah tidak menjelaskan apakah terma-terma perjanjian yang diputuskan itu, namun dipercayai, antara terma perjanjian itu termasuk isu pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Sharkar berkata, pelantikan TPM hanya menambah jumlah anggota Kabinet yang sedia besar ketika ini.

“Isu ini tidak perlu pun dibangkitkan dalam keadaan rakyat yang terus tertekan. Kelangsungan rakyat lebih utama berbanding ahli politik.

“Daripada terus bergaduh soal jawatan Kabinet, lebih baik serah kembali mandat kepada rakyat,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Hamzah mengesahkan akan bertemu dengan Ismail Sabri esok bagi membincangkan terma perjanjian yang dimerterai sebelum ini.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok