MB Selangor minta maaf jika DUN terbubar sebelum sidang tahun depan

August 2, 2022 · Politik

Datuk Seri Amirudin Shari seakan memberi isyarat terdapat kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan sebelum sempat bersambung pada sidang seterusnya selepas ini.

Menteri Besar Selangor itu semasa menggulung perbahasan di DUN Selangor hari ini meminta maaf sekiranya Sidang Mesyuarat Kelima Penggal Ke-14 kali ini menjadi yang terakhir sekiranya Kerajaan Persekutuan mengumumkan pembubaran Parlimen sebelum November ini.

“Saya percaya ramai mengatakan bahawa kita berdepan kemungkinan terbubarnya DUN sebelum sidang akan datang. Kalau perkara itu berlaku saya ingin memohon ampun dan maaf sepanjang persidangan dan sepanjang mengetuai kerajaan di dalam Dewan ini.

“Namun kalau tak jadi, kita jumpa lagi pada November ini sebagai sidang untuk Belanjawan Negeri Selangor. Kita juga ada keputusan kita untuk dipertimbangkan, kerana Selangor adalah sebagai pendahulu, pengemudi dan peneraju bukan kerja kita untuk menurut.

“Dengan itu, saya ingin mencadangkan Dewan ini ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak dan dijangkakan sebagai persidangan belanjawan,” katanya mengakhiri penggulungan perbahasan Rancangan Selangor Pertama (RS1), hari ini.

Spekulasi mengatakan terdapat kemungkinan Parlimen mungkin dibubarkan lebih awal pada tahun ini bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan, ia susulan desakan daripada UMNO sendiri terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, memorandum persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan pusat juga tidak disambung, ia menguatkan lagi khabar angin berkemungkinan PRU-15 akan disegerakan.

Bagaimanapun, kenyataan Amirudin itu berbeza dengan sebelum ini memandangkan PH membuat pendirian tidak akan mengikut langkah sama membubarkan DUN di negeri mereka perintah sekiranya Parlimen dibubarkan.

Terdahulu, enam negeri dilaporkan tidak membubarkan DUN sekiranya PRU-15 diadakan dalam masa terdekat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dilaporkan berkata, ia termasuk Negeri Sembilan yang sudah berbincang mengenainya dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja di ibu negara, baru-baru ini.

Mengambil kira Selangor dan Negeri Sembilan yang tidak bercadang berbuat demikian, empat negeri lain berkemungkinan membabitkan Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor yang sudah melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
12 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok