PAS masih belum tutup ruang untuk penyatuan ummah

August 1, 2022 · Politik

PAS masih terbuka untuk mendukung agenda penyatuan ummah termasuk dengan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun, beliau berkata segalanya bergantung kepada UMNO yang dilihat bergerak secara ‘solo’ dalam beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, lapor Bernama.

“Kita (PAS) masih mendukung hasrat untuk penyatuan ummah…kami lihat perlunya tiga parti ini (Bersatu, PAS, UMNO) duduk bersama.

“Dalam politik, PAS berdaftar sebagai komponen Perikatan Nasional (PN), kita bergerak dalam konteks PRU, kecuali Barisan Nasional buat keputusan berbeza kita bincang semula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Himpunan Hijau 3.0 di sini, malam tadi yang turut dihadiri Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan pimpinan PAS Pahang.

Mengulas pembahagian kerusi calon PAS di Pahang, Tuan Ibrahim berkata perbincangan mengenai kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri masih belum diadakan.

“Bergantung kepada perbincangan dan kami akan buat keputusan selepas itu, berapa jumlah calon dan sebagainya bergantung kepada perbincangan dalam PN,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok